■ Terdapat beberapa cara untuk merawat pesakit yang dijangkiti patogen, iaitu
| ► | Rawatan tradisional | |
| ► | Antibiotik | |
| ► | Vaksin | |
| ► | Disinfektan | |
| ► | Antiseptik |
Rawatan Tradisional
■ Rawatan tradisional adalah rawatan yang menggunakan perubatan tradisional untuk merawat penyakit.
■ Sumber perubatan tradisional diperoleh daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan.
| ► | Herba (bahagian-bahagian tumbuhan seperti kulit pokok, daun, bunga dan akar) selalu digunakan untuk mengubati pesakit. | |
| ► | Lidah buaya (aloe vera) digunakan untuk mengubati kudis dan luka kerana ia boleh mengurangkan kesakitan, kemerahan kulit dan memulihkan luka. | |
| ► | Qualaquin digunakan untuk mengubati pesakit malaria. | |
| ► | Air halia dan madu digunakan untuk merawat selesema. |
Antibiotik
■ Antibiotik ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada mikroorganisma seperti kulat atau bakteria.
■ Antibiotik yang selalu digunakan termasuklah
| ► | Penisilin yang dihasilkan daripada kulat Penicillium notatum. Penisilin digunakan untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperti pneumonia, gonorea dan sifilis. | |
| ► | Streptomisin yang dihasilkan oleh bakteria Streptomyces sp. |
■ Vaksin ialah bahan yang mengandungi patogen mati atau patogen yang dilemahkan. Vaksin digunakan dalam suntikan untuk memberi keimunan menentang penyakit tertentu.
■ Vaksin boleh merangsang penghasilan antibodi dalam sistem perlindungan badan kita dan memberi keimunan badan.
| ► | Contoh-contoh penyakit yang boleh dikawal melalui suntikan vaksin ialah cacar, tibi dan poliomielitis. |
Disinfektan
■ Disinfektan digunakan untuk menghapuskan semua mikroorganisma bahaya seperti kulat dan bakteria termasuk virus dan endospora bakteria di alam sekitar.
■ Disinfektan adalah lebih pekat daripada antiseptik dan bersifat menghakis. Ia digunakan untuk membunuh kuman di lantai, pada perabot dan alatan.
| ► | Contoh disinfektan ialah lisol, fenol, formalin, kalsium hipoklorat dan kresol. |
Antiseptik
■ Bahan kimia untuk mengawal mikroorganisma dan sesuai digunakan pada kulit.
■ Antiseptik disapu pada luka atau kulit untuk menghalang serangan patogen ke dalam badan kita atau pertumbuhan patogen pada kulit.
| ► | Contoh antiseptik ialah iodin, alkohol, asid borik, akriflavin, hidrogen peroksida dan larutan kalium manganat (VII). |
Risiko Rawatan Tanpa Pengawasan dan Preskripsi Pengamal Perubatan yang Berkelayakan
■ Kesan antibiotik ke atas mikroorganisma
| ► | Pengambilan antibiotik secara berlebihan boleh menyebabkan penghasilan bakteria mutasi yang boleh menentang antibiotik ini. Oleh itu, penggunaan antibiotik perlulah mengikut preskripsi doktor pakar. |
| ► | Sebagai contoh, makan peria yang terlampau banyak akan mangakibatkan sakit perut dan cirit-birit. Biji peria boleh mengakibatkan sakit kepala, demam panas dan koma. | |
| ► | Pengambilan muinina boleh menyebabkan kesan buruk seperti darah tinggi dan serangan sakit jantung. |
✍ Contoh latihan 1.6(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
| Kenyataan | |
|---|---|
| Vaksin digunakan untuk mencegah penyakit tertentu | |
| Antibiotik tidak perlu digunakan sebaik sahaja kita telah pulih daripada penyakit. | |
| Antibiotik digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria | |
| Antiserums digunakan untuk merawat penyakit tertentu. | |
| Semua perubatan tradisional boleh digunakan tanpa pengawasan dan preskripsi doktor. | |
| Penyakit yang disebabkan oleh virus boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik |
| ⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
![]() |
||













