Thursday, 29 January 2015

2.1 Jirim

Jirim
■ Apa-apa sahaja yang memenuhi ruang dan mempunyai jisim.
■ Tiga keadaan jirim: pepejal, cecair dan gas.
■ Animasi berikut menunjukkan ciri-ciri bagi jirim dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri jirim.
■ Zarah-zarah jirim

► Jirim terdiri daripada zarah-zarah diskret yang sangat kecil.

► Zarah-zarah asas yang membentuk jirim mungkin adalah atom, molekul atau ion.

► Animasi berikut menunjukkan pengkelasan jirim mengikut zarahnya.
■ Bukti-bukti yang menunjukkan wujudnya zarah-zarah dalam jirim.

► Dakwat merebak ke seluruh air apabila dititis ke dalam bikar yang mengandungi air.

► Bau gas dikesan apabila paip gas di dalam makmal terbuka.



Teori kinetik jirim
■ Teori kinetik jirim:

► Zarah-zarah mempunyai tenaga kinetik. Ia sentiasa berada dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan berlanggar antara satu sama lain.

► Zarah-zarah sentiasa bergerak secara rawak dan halajunya dalam tiga keadaan fizikal jirim adalah berbeza.

► Terdapat daya tarikan antara zarah-zarah jirim. Daya tarikan akan meningkat apabila jarak di antara zarah-zarah menjadi lebih dekat.

► Semakin tinggi suhu, semakin tingginya tenaga kinetik zarah-zarah kerana halajunya yang semakin  bertambah.

► Pada suhu tertentu, zarah-zarah yang lebih ringan bergerak lebih pantas daripada yang lebih berat.
■ Bukti-bukti bagi menunjukkan teori kinetik jirim

► Diffusion: Pergerakan zarah-zarah dalam jirim dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah sehingga kedua-dua kawasan mempunyai kepekatan yang sama.

► Pergerakan Brownian: Zarah-zarah cecair dan gas bergerak secara rawak dan berlanggar antara satu sama lain.


Makmal Aktiviti 2.1.1: Mengkaji resapan zarah-zarah dalam keadaan gas, cecair dan pepejal

Perubahan dalam keadaan jirim
■ Tenaga haba menentukan pergerakan zarah-zarah dalam jirim:

► Jika suhu jirim bertambah, tenaga kinetik dalam zarah-zarah akan meningkat.

► Zarah-zarah akan bergerak pada kadar yang lebih cepat.
■ When heat is supplied:

► Keadaan jirim akan berubah dari pepejal kepada cecair dan akhirnya kepada gas.

► Perubahan dalam keadaan jirim yang berlaku adalah:

○ Peleburan - dari keadaan pepejal kepada keadaan cecair

○ Pendidihan - dari keadaan cecair kepada keadaan gas

○ Pemejalwapan - dari keadaan pepejal kepada keadaan gas (tanpa melalui keadaan cecair)

► Animasi berikut menunjukkan graf perubahan suhu bagi pemanasan sesuatu bahan.



○ Di titik A, bahan itu adalah dalam keadaan pepejal.

○ Pada AB, tenaga haba diserap oleh zarah-zarah apabila dipanaskan.

○ Di titik B, bahan itu masih berada dalam keadaan pepejal.

○ Pada BC, suhu bahan mewakili takat lebur.

○ Di titik C, bahan berada dalam keadaan cecair.

○ Pada CD, suhu bahan mula meningkat menyebabkan zarah-zarah memperolehi lebih banyak tenaga kinetik.

○ Di titik D, bahan itu masih dalam keadaan cecair

○ Pada DE, bahan itu dalam keadaan campuran cecair-gas.

○ Di titik E, kesemua bahan itu bertukar ke dalam keadaan gas.

○ Pada EF, zarah-zarah terus menyerap haba dan bergerak lebih pantas.
■ Apabila haba dibebaskan:

► Keadaan jirim akan berubah daripada gas kepada cecair dan akhirnya kepada pepejal.

►Perubahan dalam keadaan jirim yang berlaku adalah:

○ Pembekuan - dari keadaan cecair kepada keadaan pepejal

○ Pemeluwapan - dari keadaan gas kepada keadaan cecair

○ Pemejalwapan - dari keadaan gas kepada keadaan pepejal

► Animasi berikut menunjukkan graf perubahan suhu bagi penyejukan sesuatu bahan.



○ Di titik G, bahan itu berada dalam keadaan gas.

○ Pada GH, zarah-zarah kehilangan tenaga kinetik.

○ Di titik H, bahan itu masih dalam keadaan gas.

○ Pada HI, suhu bahan mewakil takat didih.

○ Di titik I, bahan itu dalam keadaan cecair.

○ Pada IJ, suhu berkurangan dan zarah-zarah mula membebaskan tenaga haba.

○ Di titik J, cecair mula membeku.

○ Pada JK, suhu bahan mewakili takat beku.

○ Di titik K, semua cecair berada dalam keadaan pepejal.

○ Pada KL, suhu pepejal semakin berkurangan.
■ Animasi berikut menunjukkan perubahan keadaan jirim dan perubahan haba

Aktiviti Makmal: 2.1.2 : Menentukan takat lebur naftalena


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment