Monday, 26 January 2015

1.2.3 - Aktiviti Makmal: Kesan Suhu ke atas Kadar Tindak Balas


Aktiviti Makmal 1.2.3:
Kesan Suhu ke atas Kadar Tindak Balas
 Tujuan:  Untuk mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindak balas.
 Pernyataan masalah: Bagaimana suhu mempengaruhi kadar tindak balas tindak balas?
Hipothesis: Semakin tinggi suhu, semakin cepat kadar tindak balas.
 Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan : Kepekatan dan isipadu bahan tindak balas
» Pembolehubah dimanipulasikan: Suhu
» Pembolehubah bergerakbalas: Kadar tindak balas

Bahan: 
»
0.1mol dm-3 Natrium tiosulfat
» 1.0 mol dm-3
Sulphuric acid

Radas:
» Kon kelalang
» Termometer
» Silinder penyukat
» Jam randik
» Kasa dawai
» Penunu Bunsen
» Kertas turas
» Tugu kaki tiga
Prosedur:


1. 50cm3 0.1mol dm-3 natrium tiosulfat diukur dengan silinder penyukat dan dituang ke dalam kelalang kon.
2. Suhu larutan natrium tiosulfat direkodkan.
3. Satu tanda 'X' dilukis di tengah-tengah kertas turas. Sebuah kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat diletakkan di atas kertas turas yang ditandakan.
4. 5cm3 1.0mol dm-3 asid sulfurik diukur dengan mengukur silinder penyukat.
5. Asid sulfurik ditambah dengan cepat ke dalam kelalang kon yang mengandungi larutan natrium tiosulfat. Jam randik dimulakan pada masa yang sama.
6. Larutan di dalam kelalang kon digoncang dengan perlahan-lahan.
7. Jam randik diberhentikan apabila tanda 'X' tidak kelihatan lagi dari atas.
8. Masa yang diambil untuk tanda 'X' hilang direkodkan.
9. Eksperimen diulangi dengan menggunakan suhu yang berbeza.
Keputusan:

Isipadu sodium tiosulfaat (cm3) Isipadu asid sulfurk (cm3) Suhu larutan (°C) Masa, t (s) 1masa (s-1)
50 5 28 33 0.030
50 5 35 24 0.042
50 5 40 19 0.053
50 5 45 16 0.063
50 5 50 14 0.071
Perbincangan:

Larutan natrium tiosulfat bertindak balas dengan asid hidroklorik untuk membentuk mendakan sulfur secara perlahan-lahan seperti yang ditunjukkan dalam persamaan berikut:
Na2S2O3(aq) + H4SO4(aq) → Na2SO4(aq) + H2O(l) + SO2(g) + S(s)
Masa yang diambil untuk pemendakan sulfur digunakan untuk menentukan kadar tindak balas.

 Graf suhu melawan masa.
Berdasarkan graf suhu melawan masa, dapat diperhatikan bahawa apabila suhu natrium tiosulfat bertambah, masa yang diperlukan untuk tanda 'X' hilang berkurangan.
Ini bermakna apabila natrium tiosulfat mempunyai suhu yang lebih tinggi, kadar tindak balas akan bertambah juga.

Graf suhu melawan  1masa
Graf suhu melawan  1masa ialah garis lurus. Ini bermakna bahawa suhu natrium tiosulfat berkadar terus dengan  1masa.
Semakin tinggi suhu bahan tindak balas, semakin tinggi adalah kadar tindak balas. Menurut teori, apabila suhu bertambah sebanyak 10 °C, kadar tindak balas akan meningkat dua kali ganda.
  Kesimpulan:

Semakin tinggi suhu, semakin cepat kadar tindak balas.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

21 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kenapa kepekatan dan isipadu larutan tiosulfat dan asid sulfurik perlu dikekalkan bagi setiap set eksperimen

    ReplyDelete
  3. agar tidak mempengaruhi hasil tindak balas-nasri solleh

    ReplyDelete
  4. Apa persamaan kimia seimbang bagi eksperimen ni..?? Terima kasihh

    ReplyDelete
  5. Apa langkah berjaga jaga ??. Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. memastikan kedudukan mata adalah berserenjang dengan bacaaan pada termometet untuk mengelakkan sebarang ralat paralaks

      Delete
  6. Ada kesilapan dia atas...di perbincangan... Bukan asid hidrolorik tetapi is asid sulfurik...

    ReplyDelete
  7. apa warna sulfur yg terbentuk ?

    ReplyDelete
  8. Mengapa saiz kelalang kon yg digunakan mesti sama?

    ReplyDelete
  9. Apa nama mendakan kuning yang terbentuk

    ReplyDelete
  10. apakah aplikasi tersebut dengan rutin harian kita

    ReplyDelete
  11. adakah asid sulfurik boleh digantikan dengan asid hidroklorik? berikan alasan

    ReplyDelete
  12. Knp larutan di dalam kelalang kon menjadi keruh?

    ReplyDelete
  13. apakah faktor yang diubah dalam eksperimemn ini

    ReplyDelete
  14. Faktor yang diubah ialah pemboleh ubag dimanipulasi. Iaitu suhu larutan natrium tiosulfat

    ReplyDelete