Friday, 30 January 2015

2.2 Struktur Atom

Sejarah perkembangan model atom
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai sejarah perkembangan model atom.
■ Model atom yang diperkenalkan oleh ahli-ahli sains:

Ahli Sains & Atom model Keterangan
► Mencadangkan bahawa semua jirim adalah terdiri daripada atom yang tidak boleh dibahagikan lagi dan tidak dapat dibinasakan.
► Semua atom bagi unsur-unsur tertentu adalah sama.
► Atom unsur-unsur yang berbeza adalah berbeza dari segi saiz dan jisimnya.
► Apabila unsur-unsur bertindak balas, atom-atomnya bergabung dalam satu nisbah ringkas nombor bulat.
► Mencadangkan bahawa model atom sebagai sfera bercas positif di mana elektron yang bercas negatif mengelilinginya.
► Mencadangkan bahawa sebahagian besar daripada jisim atom adalah terkandung dalam nukleus, dan kebanyakan kawasan atom adalah ruang kosong.   
► Elektron mengelilingi nukleus pada kelajuan tinggi dan membentuk awan yang bercas negatif.
► Video berikut mengandungi maklumat mengenai model atom Rutherford.
► Mencadangkan bahawa elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam orbit tetap atau petala.
► Setiap orbit adalah pada jarak yang tetap dari nukleus dalam bentuk bulatan.
► Video berikut mengandungi maklumat tentang struktur atom Neils Bohr.
► Beliau mendapati bahawa zarah subatom adalah neutral secara elektrik dan dikenali sebagai neutron.
► Neutron sentiasa berada dalam nukleus atom dan saiznya adalah hampir dengan saiz proton.
► Semua nukleus mengandungi proton dan neutron kecuali hidrogen, yang mengandungi proton sahaja.

Zarah subatom
■ Zarah kecil yang membentuk atom. 
■ Terdapat tiga jenis zarah subatom:

(a) Proton

(b) Neutron

(c) Elektron
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai zarah subatom.
■ Perbandingan antara zarah subatom.

► Proton dan neutron membentuk nukleus di tengah-tengah atom.

► Elektron bergerak mengelilingi nukleus pada kelajuan yang sangat tinggi.

► Jisim atom tertumpu pada nukleus.

► Animasi berikut menunjukkan perbandingan ciri-ciri zarah subatom.
■ Bagi atom neutral,

► Bilangan proton = Bilangan elektron

► Bilangan caj positif = Bilangan caj negatif


Perubahan dalam keadaan jirim
■ Definisi: Nombor proton ialah bilangan proton dalam atom unsur.

(a) Nombor proton = jumlah proton

(b) Bilangan proton dan elektron bagi atom unsur-unsur yang berbeza adalah berbeza.
■ Definisi: Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus atom unsur itu.

(a) Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron.

(b) Nukleon bilangan = nombor proton + bilangan neutron.
■ Perwakilan atom bagi unsur:

(a) Perwakilan piawai untuk atom menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon yang.

(b) Animasi berikut menunjukkan nombor proton, nombor nukleon dan simbol atom.
✍ Contoh latihan 2.2(a)
Lengkapkan jadual di bawah bagi hubungan antara bilangan zarah subatom, nombor proton dan nombor nukleon.
Simbol Nombor nukleon Nombor proton Bilangan proton Bilangan elektron Bilangan neutron
1 1 H 1 1 1 1 0
4 2 He  4 2 2 2 2
12 6 C 12 6 6 6 6

✍ Contoh latihan 2.2(b)
Pilih benar [✔] atau salah [✘] untuk pernyataan yang diberikan.
Kenyataan
Proton dan neutron membentuk nukleus di tengah-tengah atom. ✔
Elektron mempunyai jisim yang sama seperti proton dan neutron. ✘
Nombor proton adalah bilangan proton dalam atom. ✔
Bilangan nukleon adalah bilangan neutron dalam atom. ✘


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment