Penolakan Cahaya Berwarna
■ Merupakan proses penyerapan cahaya berwarna oleh penapis warna.
■ Penapis warna terdiri daripada:
►
Penapis primer
◉
Terdiri daripada penapis merah, hijau, biru
◉
Hanya membenarkan cahaya yang sama warna dengannya melaluinya. Cahaya berwarna yang lain akan diserap.
◉
Contoh: Penapis hijau hanya membenarkan cahaya hijau melaluinya.
►
Penapis sekunder
◉
Terdiri daripada penapis kuning, magenta, sian
◉
Membenarkan cahaya yang sama warna dengannya dan warna primer yang membentuknya melaluinya.
◉
Contoh: Penapis kuning membenarkan cahaya kuning dan warna primer yang membentuknya, iaitu cahaya merah dan hijau melaluinya.
■ Kesan daripada penapis yang berwarna
Penapis warna
Penerangkan ringkas
Penapis hijau hanya membenarkan cahaya hijau melaluinya. Cahaya berwarna lain diserap.
Cahaya merah tidak dapat melalui penapis hijau. Cahaya merah diserap oleh penapis hijau.
Penapis kuning hanya membenarkan cahaya kuning, merah dan hijau melaluinya. Penapis sian hanya membenarkan cahaya sian, biru dan hijau melaluinya. Oleh itu, cahaya hijau dapat melalui penapis sian dan terbentuk pada skrin.
Penapis kuning hanya membenarkan cahaya kuning, merah dan hijau melaluinya. Penapis biru hanya membenarkan cahaya biru melaluinya. Tiada cahaya berwarna yang dapat melalui penapis biru. Cahaya kuning, merah dan hijau diserap.
■ Animasi dibawah menunjukkan kesan penapis warna.
Thanks rlly appreciate it
ReplyDeleteyoooooooooooooooooo.... really good...........gracias amigo :)
ReplyDeletePenghasilan warna sekunder daripada penambahan warna primer
ReplyDeleteSian+kuning =______
ReplyDeleteBiru+ kuning=______