Thursday 30 July 2015

Aktiviti Makmal 7.5.2: Penolakan Cahaya Berwarna

Aktiviti Makmal 7.5.2:
Penolakan Cahaya Berwarna
Tujuan: Mengkaji kesan penapis warna primer dan penapis warna sekunder terhadap cahaya putih dan cahaya berwarna
Radas:
» Lampu suluh
» Skrin putih
» Penapis warna primer
» Penapis warna sekunder

Prosedur:

1. Radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam rajah diatas. Lampu suluh dihidupkan dan sinar cahaya ditujukan pada skrin putih.
2. Penapis hijua diletakkan di kedudukan X dan warna yang terbentuk pada skrin diperhatikan dan dicatatkan.
3. Aktiviti diulang dengan menggunakan penapis merah, biru, kuning, sian dan magenta.
4. Aktiviti diulang dengan menggunakan dua penapis warna seperti yang disenaraikan dalam jadual. Penapis warna kedua diletakkan di kedudukan Y. Pemerhatian dicatat.
Pemerhatian:

Penapis warna X Penapis warna Y Warna yang terbentuk pada skrin
Hijau - Hijai
Merah - Merah
Biru - Biru
Kuning - Kuning
Sian - Sian
Magenta - Magenta
Hijau Biru Tiada cahaya berwarna
Hijau Kuning Hijau
Hijau Sian Hijau
Merah Magenta Merah
Kuning Merah Merah
Biru Sian Biru
Magenta Biru Biru
Sian Magenta Biru

Analisis:

Apabila cahaya putih ditujukan pada penapis hijau dan biru, tiada cahaya berwarna yang dapat melalui kedua-dua penapis itu. Hal ini demikian kerana cahaya hijau yang melalui penapis hijau tidak dapat melalui penapis biru. Cahaya hijau telah diserap oleh penapis biru.

Penapis warna primer hanya membenarkan cahaya yang sama warna dengannya melaluinya. Cahaya berwarna yang lain akan diserap. Sebagai contohnya, penapis hijau hanya membenarkan cahaya hijau melaluinya dan cahaya berwarna yang lain diserap.

Penapis warna sekunder membenarkan cahaya yang sama dengannya dan warna primer yang membentuknya melaluinya. Sebagai contoh, penapis magenta hanya membenarkan magenta, biru dan hijau melaluinya. jika penapis biru diletakkan selepas penapis magenta, penapis biru hanya membenarkan warna biru melaluinya.

Kesimpulan:

Penapis warna primer hanya membenarkan cahaya yang sama warna dengannya melaluinya.

Penapis warna sekunder membenarkan cahaya yang sama warna dengannya dan warna primer yang membentuknya melaluinya.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

4 comments: