Friday, 24 July 2015

Aktiviti Makmal 7.3.2: Pembentukan Pelangi

Aktiviti Makmal 7.3.2
Pembentukan Pelangi

Tujuan: Mengkaji pembentukan pelangi
Bahan:
» Air
» Hos getah
» Pili air

Prosedur:

►
1. Berdiri dengan matahari di belakang kamu. Hos getah digunakan untuk menyembur air ke udara.
2. Laraskan hos getah sehingga titisan-titisan air disebarkan oleh cahaya matahari untuk membentuk pelangi kecil.
Pemerhatian:

► Titisan air yang tergantung di udara menyebarkan cahaya matahari untuk membentuk pelangi.

► Warna merah dapat dilihat di atas lengkung, manakala warna ungu dapat dilihat di bahagian bawah keluk.

► Tertib warna pelangi ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Perbincangan:

► Pembentukan pelangi adalah disebabkan oleh penyebaran cahaya matahari oleh titisan-titisan air.

► Titisan air bertindak sebagai prisma.

► Apabila cahaya matahari melalui titisan air, juzuk warna dibiaskan dan disebarkan pada sudut yang berlainan.

► Pelangi terbentuk di langit.

Conclusion:

► Pelangi terbentuk apabila cahaya matahari dibiaskan, disebarkan dan dipantulkan oleh titisan air.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment