Sunday, 26 July 2015

7.4 Penyerakan Cahaya

Penyerakan Cahaya
■ Merupakan proses apabila sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua arah oleh zarah-zarah yang terdapat di dalam atmosfera bumi.
■ Proses penyerakan cahaya

Atmosfera bumi mengandungi zarah-zarah seperti molekul gas, wap dan habuk.

Apabila cahaya putih menyinari zarah-zarah itu, sinar cahaya dihalang dan dipantulkan ke semua arah.

Penyerakan cahaya berkaitan dengan panjang gelombang dan frekuensi cahaya.

Cahaya dengan panjang gelombang yang lebih pendek akan banyak dibiaskan.
■ Contoh penyerakan cahaya yang berlaku dalam fenomena semula jadi ialah:

Langit kelihatan biru pada waktu tengah hari
Pada waktu tengah hari, cahaya matahari bergerak melalui lapisan atmosfera yang nipis.
Cahaya merah dan jingga dengan panjang gelombang yang panjang melalui atmosfera tanpa diserakkan.
Cahaya biru dengan panjang gelombang yang pendek banyak diserakkan ke semua arah.
Hal ini menyebabkan langit kelihatan biru.


Langit kelihatan merah pada waktu senja
Pada waktu senja, cahaya matahari bergerak melalui lapisan atmosfera yang lebih tebal.
Cahaya merah dan jingga dengan panjang gelombang yang panjang dapat melalui atmesfera tanpa gangguan.
Cahaya dengan warna yang lain telah diserakkan.
Dengan itu, cahaya merah dan jingga dapat diperhatikan.
Hal ini menyebabkan matahari atau langit kelihatan merah atau jingga pada waktu senja.

Aktiviti Makmal 7.4.1: Penyerakan Cahaya

Contoh latihan 7.4(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Penyerakan cahaya adalah pemisahan cahaya putih ke dalam komponennya warna oleh zarah terampai di dalam atmosfera.
Cahaya dengan panjang gelombang yang lebih pendek akan banyak dibiaskan.
Cahaya biru bertaburan di semua arah menyebabkan langit kelihatan biru di tengah hari.
Langit biru dan langit merah ketika senja adalah fenomena alam yang disebabkan oleh penyerakan cahaya.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments:

  1. Kenapa langit kelihatan lebih hitam apabila dilihat dari dalam angkasa lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak mempunyai zarah - zarah untuk memantulkan cahaya.

      Delete
  2. Mengapakah penyerakan cahaya matahari berlaku di lapisan atmosfera?

    ReplyDelete