Thursday, 30 July 2015

7.6 Aplikasi Penolakan Cahaya Berwarna dalam Penglihatan Objek Berwarna

Prinsip Penolakan Cahaya Berwarna
■ Warna bagi objek legap bergantung pada warna cahaya yang dipantulkannya.
■ Penglihatan objek berwarna dalam cahaya putih.

Objek yang berwarna primer, iaitu merah, biru atau hijau hanya memantulkan cahaya yang sama warna dengannya.

Objek yang berwarna sekunder, iaitu kuning, magenta atau sian memantulkan cahaya yang sama warna dengannya dan juga warna primer yang membentuknya.
Objek hijau hanya memantulkan cahaya hijau.
Cahaya berwarna yang lain diserap.
Oleh itu, objek kelihatan merah.
Objek kuning memantulkan cahaya kuning, merah dan hijau.
Pertindihan cahaya merah dan hijau menyebabkan objek kelihatan kuning.

Objek putih kelihatan putih dalam cahaya putih kerana objek putih memantulkan semua warna.
Objek putih memantulkan semua warna dalam cahaya putih.
Semua cahaya berwarna bertindih untuk menghasilkan cahaya putih semula.

Objek hitam kelihatan hitam kerana semua cahaya berwarna diserap olehnya.
Objek hitam menyerap semua warna dalam cahaya putih.
Tiada cahaya berwarna dipantulkan.
Oleh itu, objek kelihatan hitam.
■ Penampilan objek berwarna dalam cahaya berwarna.

Penyerapan cahaya oleh objek berwarna adalah berdasarkan prinsip penolakan cahaya berwarna.
Objek kuning memantulkan cahaya kuning, merah dan hijau.
Oleh itu, tiada cahaya berwarna dipantulkan dalam cahaya biru.
Dengan itu, objek kelihatan hitam.
Cahaya kuning terdiri daripada cahaya kuning dan juzuk-juzuk warna yang membentuknya, iaitu cahaya merah dan hijau.
Hanya cahaya hijau dapat dipantulkan oleh objek.
Oleh itu, objek kelihatan hijau.
Objek sian memantulkan cahaya sian, hijau dan biru.
Oleh itu, cahaya hijau akan dipantulkan.
Dengan itu, objek kelihatan hijau.
Cahaya sian terdiri daripada cahaya sian dan juzuk-juzuk warna yang membentuknya, iaitu cahaya biru dan hijau.
Hanya cahaya magenta, merah dan biru dapat dipantulkan oleh objek magenta.
Oleh itu, cahaya biru akan dipantulkan.
Dengan itu, objek kelihatan biru.

Aktiviti Makmal 7.6.1: Penampilan Objek Berwarna dalam Cahaya Putih dan Cahaya Berwarna
Fungsi Sel Rod dan Sel Kon dalam Mata
■ Sel rod dan sel kon dalam retina.
■ Retina mengandungi dua jenis sel yang peka terhadap rangsangan cahaya, iaitu sel rod dan sel kon.

Sel rod
Peka terhadap keamatan cahaya yang rendah.
Sesuai untuk penglihatan pada waktu malam.
Tidak peka terhadap warna dan hanya imej hitam putih dihasilkan.

Sel kon
Peka terhadap keamatan cahaya yang tinggi untuk mengesan warna.
Sesuai untuk penglihatan pada waktu siang.
Terdapat tiga jenis sel kon dengan setiap sel peka terhadap warna merah, hijau dan biru. Warna-warna lain yang dapat dilihat ialah hasil daripada pencampuran ketiga-tiga warna itu.
■ Video ini menerangkan bagaimana kita melihat warna.

Contoh latihan 7.6(a)
Suatu alur cahaya berwarna ditujukan ke atas kepingan kadbod pada skrin putih, satu demi satu. Nyatakan warna yang betul bagi setiap kadbod di bawah cahaya berwarna.
Cahaya berwarna Kadbod hijau Kadbod kuning Kadbod magenta
Putih Hijau Kuning Magenta
Merah Hitam Merah Merah
Kuning Hijau Kuning Merah
Magenta Hitam Merah Magenta
Sian Hijau Hijau Biru


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment