Monday, 6 July 2015

5.7 Tindak Balas Kimia yang Berlaku dengan Kehadiran Cahaya

Fotosintesis
■ Cahaya dan tindak balas kimia

► Proses fotosintesis pada tumbuhan hijau

► Proses pencucian gambar foto pada kertas fotografi
■ Proses fotosintesis:

► Menggunakan air dan karbon dioksida untuk menghasilkan glukosa dan membebaskan gas oksigen

► Klorofil merupakan pigmen hijau dalam daun hijau menyerap tenaga cahaya dan menukarkannya kepada tenaga kimia (glukosa)
◉ Air + karbon dioksida → glukosa + oksigen

► Tenaga cahaya yang diserap oleh klorofil dalam tumbuhan hijau digunakan untuk memecahkan molekul air kepada hidrogen dan oksigen. Proses ini disebut fotolisis air

► Perubhan tenaga yang berlaku semasa proses fotosintesis adalah:
◉ Tenaga cahaya → tenaga kimia
■ Kepentingan fotosintesis:

► Memastikan keseimbangan paras oksigen dan karbon dioksida di dalam atmosfera

► Menukarkan sumber tenaga daripada matahari kepada jenis tenaga yang boleh digunakan oleh manusia

► Mengubah tenaga solar kepada tenaga kimia
■ Video ini menerangkan tentang proses fotosintesis. (English)

Bahan Kimia Fotosensitif
■ Bahan kimia fotosensitif

► Bahan kimia yang bertindak balas dengan adanya cahaya

► Contoh: Argentum klorida, argentum bromida, air korin dan larutan natrium hipoklorit
■ Video ini menunjukkan fungsi kamera
■ Kesan cahaya terhadap kertas fotografi

► Kertas fotografi disaluti oleh satu lapisan nipis argentum klorida atau argentum bromida

► Apabila kertas fotografi didedahkan kepada cahaya, tenaga cahaya menguraikan argentum klorida kepada atom argentum yang berwarna kelabu kehitaman

► Kertas fotografi perlu disimpan dalam bekas atau pembalut yang kedap cahaya
■ Penyimpanan bahan kimia

► Air klorin, larutan natrium hipoklorit dan garam argentum sangat sensitif kepada cahaya kerana ia akan mengurai untuk bahan-bahan lain jika terdedah.

► Oleh kerana tingkah laku ini, kesemua bahan kimia fotosensitif mesti disimpan dalam keadaan gelap.

► Filem fotografi perlu simpan dalam kotak hitam, manakala air klorin dan larutan natrium hipoklorit paling baik disimpan dalam botol gelap.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment