Monday, 6 July 2015

5.6 Penghasilan Tenaga Elektrik daripada Tindak Balas Kimia

Penghasilan Tenaga Elektrik Oleh Sel Ringkas
■ Sel ringkas

► Terdiri daripada dua konduktor yang berlainan logam:
◉ Logam yang lebih reaktif bertindak sebagai terminal negatif yang memberi elektron.
◉ Logam yang kurang reaktif bertindak sebagai terminal positif yang menerima elektron.

► Disambung pada satu hujung wayar dan hujung yang lain dicelup ke dalam larutan elektrolit.

► Perubahan kimia berlaku untuk menghasilkan tenaha elektrik
◉ Tenaga kimia → tenaga elektrik
■ Video ini menerangkan tentang sel ringkas (English)

► Zink dan jalur kuprum digunakan sebagai elektrod dan larutan sulfat kuprum bertindak sebagai elektrolit.

► Apabila litar ditutup, LED mengeluarkan cahaya. Ini menunjukkan bahawa elektrik mengalir dalam litar.

► Zink adalah lebih reaktif daripada kuprum. Oleh itu, atom zink lebih mudah memberi elektron untuk membentuk ion bercas positif yang bergerak di dalam larutan.

► Elektron mengalir ke jalur kuprum melalui dawai. Aliran elektron menghasilkan elektrik.

► Ion kuprum yang bercas positif daripada larutan menerima elektron dan membentuk atom kuprum yang memendap pada jalur kuprum.
Pelbagai Jenis Sel dan Kegunaannya
■ Sel kering

◉ Sel kimia yang paling biasa digunakan
◉ Bekas zink merupakan terminal negatif dan rod karbon sebagai terminal positif
◉ Pes ammonium klorida dan zink klorida bertindak sebagai elektrolit
◉ Membekalkan 1.5V
◉ Kelebihan: Mudah dibawa dan membekalkan arus tetap
◉ Kekurangan: Tidak tahan lama dan tidak dapat dicas semula
■ Akumulator asid-plumbum

◉ Terdiri daripada enam sel asid-plumbum yang disambung secara bersiri
◉ Membekalkan 12V
◉ Elektrod plumbum adalah terminal negatif dan plumbum yang disalut plumbum(IV)oksida adalah terminal positif
◉ Asid sulfurik digunakan sebagai elektrolit
◉ Kelebihan: Tahan lama, membekalkan voltan tinggi dan dapat dicas semula
◉ Kekurangan: Mahal, berat dan elektrolit mudah tertumpah
■ Sel alkali

◉ Menyerupai sel kering tetapi menggunakan elektrolit yang berlainan
◉ Membekalkan 1.5V
◉ Bekas zink adalah terminal negatif dan mangan(IV) oksida adalah terminal positif
◉ Elektrolit yang digunakan adalah larutan kalium hidroksida
◉ Kelebihan: Tahan lama
◉ Kekurangan: Lebih mahal dan tidak dapat dicas semula
■ Bateri zink-argentum oksida

◉ Berbentuk seperti butang dan membekal 1.2V
◉ Bekas zink merupakan terminal negatif dan perak oksida adalah terminal positif
◉ Elektrolit yang digunakan adalah larutan kalium hidroksida
◉ Kelebihan: Tahan lama dan membekalkan arus yang tetap
◉ Kekurangan: Lebih mahal dan tidak dapat dicas semula
■ Sel nikel-kadmium

◉ Beroperasi dengan prinsip yang sama seperti bateri kereta tetapi menggunakan bahan kimia yang berlainan
◉ Kadmium adalah terminal negatif dan nikel (IV) oksida adalah terminal positif.
◉ Elektrolit yang digunakan ialah kalium hidroksida.
◉ Kelebihan: Dapat dicas semula
◉ Kekurangan: Mahal

✍ Contoh latihan 5.6(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
a) __________Sel ringkasterdiri daripada dua konduktor yang berlainan dicelup ke dalam suatu larutan elektrolit yang disambung dengan wayar.
b) Dalam sel ringkas, __________tenaga kimia berubah kepada __________tenaga elektrik
c) Logam yang __________lebih reaktif bertindak sebagai terminal negatif, manakala logam yang __________kurang reaktif bertindak sebagai terminal positif.
d) __________Akumulator asid-plumbum membekalkan 12V dan digunakan sebagai bateri kereta.
e) __________Sel nikel-kadmium merupakan sejenis bateri yang dapat dicas semula dan selalunya digunakan di dalam peralatan mudah alih.

✍ Contoh latihan 5.6(b)
Kuiz interaktif. (English)


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment