Thursday, 23 July 2015

7.3 Penyebaran Cahaya

Spektrum
■ Penyebaran cahaya ialah proses cahaya putih dipecahkan kepada juzuk-juzuk warnanya yang disebut spektrum apabila melalui prisma.
■ Penyebaran cahaya putih melalui prisma:

► Spektrum terdiri daripada tujuh warna dalam tertib ini: merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

► Penyebaran cahaya berlaku kerana setiap juzuk warna bergerak pada kelajuan yang berlainan melalui prisma.

► Oleh sebab itu, cahaya-cahaya berwarna dibiaskan pada sudut yang berbeza.

► Cahaya ungu banyak dibiaskan oleh prisma kaca berbanding dengan cahaya merah yang mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang. Hal ini demikian kerana cahaya ungu bergerak dengan halaju yang paling perlahan.

►
■ Video ini menunjukkan apa yang berlaku apabila cahaya putih melalui prisma. (English)
Laboratory Activity 7.3.1: Penyebaran Cahaya Putih oleh Prisma Kaca
Pembentukan Pelangi
■ Pelangi:

► Fenomena semula jadi yang berkaitan dengan penyebaran cahaya.

► Dapat dilihat semasa hujan renyai-renyai pada waktu pagi atau petang apabila cahaya matahari menyinari titisan-titisan air hujan.

► Titisan air hujan bertindak sebagai prisma. Cahaya matahari akan dibiaskan dan disebarkan kepada juzuk-juzuk warnanya.
■ Pembentukan pelangi:

►

Cahaya matahari menyinari titisan air hujan.

► Sebahagian daripada cahaya dipantulkan di permukaan luar titisan air hujan.

► Sebahagian cahaya dibiaskan pada sudut yang berbeza dalam titisan air hujan.

► Cahaya dipecahkan kepada juzuk-juzuk warnanya melalui penyebaran.

► Juzuk-juzuk warna dipantulkan di permukaan dalam titisan air hujan.

► Pembiasan cahaya berlaku sekali lagi apabila cahaya keluar dari titisan air hujan.

► Pelangi terbentuk di langit.
Laboratory Activity 7.3.2: Pembentukan Pelangi
■ Video ini menunjukkan bagaimana pelangi terbentuk. (English)

✍ Contoh latihan 7.3(a)
Nyatakan warna-warna spektrum dari P ke Q seperti yang ditunjukkan rajah dibawah.

__________Ungu → __________Indigo → __________Biru → Hijau → __________Kuning → __________Jingga → __________Merah


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

12 comments: