Thursday, 30 July 2015

7.8 Kepentingan Warna dalam Kehidupan Harian

Kegunaan Warna Dalam Kehidupan Seharian
■ Percetakan

► Prinsip penolakan warna merupakan asas dalam percetakan.

► Pigmen berwarna sian, kuning, magenta dan hitam digunakan untuk menghasilkan gambar berwarna.

► Gambar berwarna dicetak empat kali, dengan menggunakan warna yang berlainan.

► Animasi dibawah menunjukkan proses percetakan gambar berwarna.
■ Pendawaian elektrik

► Kod warna antarabangsa digunakan dalam pendawaian palam tiga-pin.

► Kod warna dalam pendawaian palam tiga-pin
Perang - dawai hidup
Biru - dawai neutral
Kuning berbelang hijau - dawai bumi
■ Lampu isyarat

► Terdiri daripada tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau.

► Kod warna dalam pendawaian palam tiga-pin
Merah - berhenti
Kuning - bersedia untuk berhenti
Hijau - berjalan
■ Simbol dan isyarat

► Lampu merah pada ambulans menandakan keadaan kecemasan.

► Garisan kuning di sepanjang tepi jalan menandakan kawasan larangan meletakkan kenderaan.

► Satu garisan putih di tengah jalan memisahkan lorong kiri dan lorong kanan jalan.
Kepentingan Warna Kepada Kehidupan
■ Kepentingan warna

Melindungi dari bahaya
Memudahkan pemburuan
Memberi amaran - haiwan beracun
Menarik perhatian
Proses pendebungaan
Penyebaran benih

✍ Contoh latihan 7.8(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) Prinsip __________penolakan cahaya digunakan dalam percetakan gambar berwarna.
(b) Haiwan beracun mempunyai warna badan yang terang untuk memberi __________amaran kepada musuh meraka.
(c) Kelopak bunga yang berwarna-warni menarik perhatian serangga untuk proses __________pendebungaan.
(d) Bunga merak jantan menebarkan bulu mereka untuk __________menarik perhatian burung betina bagi tujuan pembiakan.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment