Wednesday, 1 July 2015

5.2 Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia

Tindak Balas Eksotermik
■ Tindak balas kimia dapat dikelaskan kepada dua jenis:

► Tindak balas eksotermik

► Tindak balas endotermik
■ Tindak balas eksotermik boleh didefiniskan sebagai tindak balas yang membebaskan tenaga haba ke persekitaran.
■ Dalam tindak balas eksotermik:

► Jumlah tenaga hasil tindal balas adalah kurang daripada jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas.

► Pindahan tenaga ditunjukkan dalam rajah dibawah.

► Oleh kerana tenaga haba yang dilepaskan dari bahan tindak balas kepada persekitarannya semasa tindak balas, suhu sekitar meningkat.

► Kandungan dalam bekas itu menjadi panas. Oleh itu, bekas tersebut menunjukkan kenaikan suhu apabila diukur dengan termometer.
■ Contoh tindak balas eksotermik:

► Pepejal natrium hidroksida dilarut dalam air.

► Asid sulfurik pekat dilarutkan dalam air.

► Tindak balas zink dengan asik hidroklorik cair.

► Tindak balas larutan natrium hidroksida dengan asid hidoklorik cair (tindak balas peneutralan)
Tindak Balas Endotermik
■ Endotermik boleh didefiniskan sebagai tindak balas yang menyerap tenaga haba dari persekitaran.
■Dalam tindak balas endotermik:

► Jumlah tenaga hasil tindak balas adalah lebih daripada jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas

► Pindahan tenaga ditunjukkan dalam rajah di bawah.

► Oleh kerana tenaga haba yang diserap oleh bahan tindak balas dari persekitarannya semasa tindak balas, suhu persekitaran menurun.

► Kandungan dalam bekas itu menjadi sejuk. Oleh itu, wasiat bekas menunjukkan suhu yang lebih rendah apabila diukur dengan termometer.
■ Contoh tindak balas endotermik:

► Pepejal kalium nitrat di larut dalam air.

► Pepejal ammonium nitrat, ammonium sulfat atau ammonium kloride dilarutkan dalam airl

Aktiviti Makmal 5.2.1: Tindak Balas Eksotermik dan Tindak Balas Endotermik

Tindak Balas Kimia dalam Industri
■ Terdapat dua proses kimia yang penting dalam industri

► Proses Haber - menghasilkan ammonia

► Proses Sentuh - menghasilkan asid sulfurik
■ Proses Haber

► Melibatkan campuran nitrogen dan hidrogen.

► Apabila ammonia dihasilkan, ikatan antara atom nitrogen dan hidrogen berlaku.

► Tindak balas yang membebaskan tenaga haba ke persekitaran. Oleh itu, proses Harbed merupakan tindak balas eksotermik

► Merupakan tindak balas berbalik.

► Video in menunjukkan proses Haber
■ Proses Sentuh

► Asid sulfurik dihasilkan dalam tiga peringkat, iaitu:
Peringkat 1: Sulfur dibakar dengan oksigen untuk menghasilkan gas sulfur dioksida. Tenaga haba dibebaskan untuk membentuk ikatan baru.
Sulfur + oksigen → sulfur dioksida
Peringkat 2: Sulfur dioksida dan oksigen disalurkan ke vanadium (V) oksida, (pemangkin) pada suhu 450℃ - 500℃ dan di bawah tekanan 1 atmosfera untuk menghasilkan sulfur trioksida. Tindak balas ini boleh dibalikkan dan haba dilepaskan untuk membentuk ikatan yang baru.
Sulfur dioksida + oksigen → sulfur trioksida
Peringkat 3: Tindak balas ini membebaskan haba untuk membentuk ikatan kimia apabila oleum dan asid sulfurik dihasilkan. Oleh itu, proses Sentuh adalah satu tindak balas eksotermik.
Sulfur trioksida + asid sulfurik pekat → oleum
Oleun + air → asid sulfurik

► Video in menunjukkan proses Sentuh
✍ Contoh latihan 5.2(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) Tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran dipanggil __________tindak balas eksotermik. Tenaga haba dibebaskan daripada bahan tindak balas kepada persekitaran yang menyebabkan suhu sekitar __________meningkat.
(b) Tindak balas yang menyerap atau mendapat haba dari persekitaran dipanggil __________tindak balas endotermik. Tenaga haba diserap persekitaran kepada bahan tindak balas yang menyebabkan suhu sekitar __________menurun.

✍ Contoh latihan 5.2(b)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Pembekuan adalah tindak balas endotermik. ✘
Peneutralan merupakan tindak balas eksotermik. ✔
Letupan adalah tindak balas eksotermik. ✔
Pencairan termasuk dalam tindak balas endotermik. ✔

✍ Contoh latihan 5.2(c)
Kuiz interaktif (English)

✍ Contoh latihan 5.2(d)
Kuiz interaktif (English)


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment