Wednesday, 1 July 2015

Aktiviti Makmal 5.1.2: Perubahan Kimia


Aktiviti Makmal 5.1.2:
Perubahan Kimia
Tujuan: Untuk memahami perubahan kimia.
Bahan:
» Serbuk besi
» Serbuk sulfur
» Ketulan zink
» Larutan kumprum(II) sulfat
» Serbuk kumprum(II) karbonat
» Paku besi
» Air
» Air kapur

Radas:
» Penunu Bunsen
» Tabung uji
» Penyumbat getah
» Salur penghantar
Prosedur:

► A. Serbuk besi dengan serbuk sulfur
1. Campuran serbuk sulfur kuning dan serbuk besi kelabu dipanaskan.

► B. Zink dengan larutan kuprum(II) sulfat
1. Ketulan zink ditambahkan ke dalam larutan kupril(II) sulfat.
2. Campuran tersebut digoncang.

► C. Paku besi
1. Sebatang paku besi yang telah digosok dengan kertas pasir, direndam dalam air selama dua hari.

► D. Kuprum(II) karbonat
1. Serbuk kuprum(II) karbonat dipanaskan dengan cepat.
2. Gas yang terhasil diuji dengan air kapur.
Pemerhatian:

► A. Serbuk besi dengan serbuk sulfur (English)

◉ Campuran itu bercahaya dan pepejal hitam terbentuk.

► B. Zink dengan larutan kuprum(II) sulfat (English)

◉ Larutan biru menjadi tidak berwarna dan mendapan pepejal coklat di permukaan zink.

► C. Paku besi (English)

◉ Paku besi itu menjadi karat.

► D. Kuprum(II) karbonat (English)

◉ Kuprum(II) karbonat bertukar menjadi hitam dan air kapur menjadi keruh.
Analisis:
D. Kuprum(II) karbonat

► A. Serbuk besi dengan serbuk sulfur
◉ Besi bertindak balas dengan sulfur untuk menghasilkan pepejal hitam besi sulfida.
○ Besi + sulfur → besi sulfida
◉ Pepejal hitam besi sulfida mempunyai sifat yang berlainan dari bahan tindak balas.

► B. Zink dengan larutan kuprum(II) sulfat
◉ Zink bertindak balas dengan larutan kuprum(II) sulfat untuk menghasilkan zink sulfat dan pepejal coklat kuprum.
○ Zink + kuprum(II) sulfat → zink sulfat + kuprum
◉ Sifat dan komposisi hasil eksperimen adalah berbeza daripada bahan tindak balas.

► C. Paku besi
◉ Besi bertindak balas dengan okisgen dan air untuk menghasilkan karat, iaitu besi(III) oksida terhidrat.
○ Besi + oksigen + air → besi(III) oksida terhidrat
◉ Sifat dan komposisi hasil eksperimen adalah berbeza daripada bahan tindak balas.

►
◉ Kuprum(II) karbonat teruari menjadi pepejal hitam kuprum(II) oksida apabila dipanaskan.
○ Kuprum(II) karbonat → kuprum(II) oksida + karbon dioksida
◉ Sifat dan komposisi hasil eksperimen adalah berbeza daripada bahan tindak balas.
Kesimpulan:

► Perubahan kimia yang terjadi menyebabkan sifat dan komposisi produk akhir berbeza daripada bahan tindak balas.

► Peubahan kimia yang terjadi menyebabkan warna produk akhir berbeza daripada bahan tindak balas.

► Dalam sesetengah tindak balas, perubahan kimia memerlukan tenaga haba sebagai punca tenaga.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment