Friday 24 July 2015

Aktiviti Makmal 7.3.2: Pembentukan Pelangi

Aktiviti Makmal 7.3.2
Pembentukan Pelangi

Tujuan: Mengkaji pembentukan pelangi
Bahan:
» Air
» Hos getah
» Pili air

Prosedur:

1. Berdiri dengan matahari di belakang kamu. Hos getah digunakan untuk menyembur air ke udara.
2. Laraskan hos getah sehingga titisan-titisan air disebarkan oleh cahaya matahari untuk membentuk pelangi kecil.
Pemerhatian:

Titisan air yang tergantung di udara menyebarkan cahaya matahari untuk membentuk pelangi.

Warna merah dapat dilihat di atas lengkung, manakala warna ungu dapat dilihat di bahagian bawah keluk.

Tertib warna pelangi ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Perbincangan:

Pembentukan pelangi adalah disebabkan oleh penyebaran cahaya matahari oleh titisan-titisan air.

Titisan air bertindak sebagai prisma.

Apabila cahaya matahari melalui titisan air, juzuk warna dibiaskan dan disebarkan pada sudut yang berlainan.

Pelangi terbentuk di langit.

Conclusion:

Pelangi terbentuk apabila cahaya matahari dibiaskan, disebarkan dan dipantulkan oleh titisan air.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment