Friday, 24 July 2015

Aktiviti Makmal 7.3.1: Penyebaran Cahaya Putih oleh Prisma Kaca

Aktiviti Makmal 7.3.1
Penyebaran Cahaya Putih oleh Prisma Kaca

Tujuan: Mengkaji penyebaran cahaya putih oleh prisma kaca
Bahan:
» Prisma kaca
» Kotak sinar

Radas:
» Kadbod putih

Prosedur:

►
1. Susunan rada disediakan seperti dalam rajah diatas.
2. Prisma kaca dilaraskan sehingga satu spektrum yang paling jelas terbentuk pada kadbod penuh.
3. Warna-warna spektrum diperhatikan.
Pemerhatian:

► Satu spektrum yang terdiri daripada warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu dapat diperhatikan pada kadbod putih.

Analisis:

► Cahaya-cahaya berwarna dalam cahaya putih bergerak pada kelajuan yang berlainan apabila menerusi prisma kaca. Oleh sebab itu, cahaya-cahaya berwarna itu dibiaskan pada sudut-sudut yang berlainan.

► Cahaya merah bergerak paling laju manakala cahaya ungu bergerak paling perlahan. Oleh sebab itu, cahaya merah paling kurang dibiaskan dan cahaya ungu paling banyak dibiaskan.

► Cahaya putih dibiaskan dan disebarkan apabila bergerak melalui prisma kaca.

Kesimpulan:

► Cahaya putih disebarkan oleh prisma kaca kepada tujuh juzuk warnanya, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment