Pages

Saturday, 28 February 2015

6.2 Elektrolisis Sebatian Lebur

Proses elektrolisis
■ Elektrolisis

Proses penguraian elektrolit oleh arus elektrik ke dalam komponennya.
■ Sel elektrolisis

Sejenis sel yang menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan tindak balas kimia.

Animasi berikut menunjukkan struktur asas sel elektrolisis.
■ Video berikut mengandungi maklumat tentang elektrolisis bagi sebatian lebur.

Aktiviti Makmal 6.2.1 : Elektrolisis sebatian lebur
Meramalkan hasil elektrolisis bagi sebatian lebur
■ Elektrolisis bagi leburan elektrolit,  AxBy 

Sebatian logam terbentuk di katod.

Bukan logam terbentuk di anod.

Secara umum, elektrolisis elektrolit lebur boleh diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
Garam dalam keadaan lebur Di anod  (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Bx- Ay+
Setengah persamaan Bx- → B + xe- Ay++ ye- → A

Setengah persamaan menunjukkan apa yang berlaku di salah satu elektrod semasa elektrolisis.
Contoh 6.2(a)
Ramalkan hasil elektrolisis bagi leburan natrium klorida di anod dan di katod.

Penyelesaian
Garam dalam keadaan lebur Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Cl- Na+
Setengah persamaan 2Cl- → Cl2 + 2e- Na++ e- → Na
Pemerhatian Gas kuning kehijauan Logam kelabu terbentuk
Hasil Gas klorin Logam natrium

Contoh  6.2(b)
Ramalkan hasil elektrolisis bagi leburan magnesium oksida di anod dan di katod.

Penyelesaian
Garam dalam keadaan lebur Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod O2- Mg2+
Setengah persamaan 2O2- → O2 + 4e- Mg2++ 2e- → Mg
Pemerhatian Gas tidak berwarna terbebas Logam kelabu terbentuk
Hasil Gas oxygen Logam magnesium


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment