Tuesday 17 March 2015

Makmal Aktiviti 7.1.2: Peranan air untuk menunjukkan sifat-sifat alkali


Makmal Aktiviti 7.1.2: Peranan air untuk menunjukkan sifat-sifat alkali
Tujuan: Mengkaji peranan air dalam menunjukkan sifat alkali
Problem statement: Adakah air perlu hadir bagi membolehkan alkali menunjukkan sifat-sifatnya?
Hypothesis: Air mestilah hadir bagi bes menunjukkan sifat-sifat alkali.
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Jenis bes
» Pembolehubah dimanipulasikan: Kehadiran air
» Pembolehubah bergerakbalas: Sifat-sifat alkali

Bahan:
» Kalsium hidroksida kering
» Larutan kalsium hidroksida
» Larutan ammonia
» Kertas litmus
» Ammonia dalam triklorometana

Radas:
» Tabung uji
» Suis
» Elektrod karbon
» Klip buaya
» Bateri
» Mentol
» Bikar
» Wayar penyambung
 Prosedur:

Animasi berikut menunjukkan susunan radas dan keputusan eksperimen.

(A) Ujian kertas litmus kertas
1. A few pieces of dry calcium hydroxide are placed in a dry test tube.
2. 10cm3 larutan kalsium hidroksida dituangkan ke dalam tabung uji yang lain.
3. Kedua-duanya diuji dengan kertas litmus.

(B) Ujian kekonduksian elektrik
1. Kalsium hidroksida kering dan larutan kalsium hidroksida dituangkan secara berasingan ke dalam dua buah bikar.
2. Suis kemudian dihidupkan. Semua pemerhatian direkodkan.
3. Ulangi ujian kekonduksian elektrik untuk ammonia dalam trichloromethane dan larutan ammonia.
Keputusan:

Ujian Ca(OH)2 Kering Ca(OH)2(aq) NH3 dalam triklorometana NH3(aq)
Kertas litmus Tiada perubahan Kertas litmus merah bertukar ke biru Tiada perubahan Kertas litmus merah bertukar ke biru
Kekonduksian elektrik Tiada perubahan Mentol menyala Tiada perubahan Mentol menyala
 
Perbincangan:

Tanpa kehadiran air, alkali tidak boleh mempamerkan ciri-ciri alkali kerana mereka tidak boleh terpisah untuk membentuk ion.

Dalam air, alkali terpisah untuk membentuk kation dan OH-.

Ion OH- menukar litmus merah kepada warna biru.

Ion hidroksida, OH-, yang bebas bergerak di dalam air membolehkan elektrik mengalir melaluinya.

Ammonia yang larut dalam pelarut organik tidak menunjukkan ciri-ciri alkali kerana ammonia wujud dalam bentuk molekul.

Dalam air, ammonia terpisah untuk membentuk ion NH+ dan ion OH- yang bebas bergerak.
NH3 + H2O → NH4+ + OH-
 Kesimpulan:

Suatu alkali hanya menunjukkan sifat alkali dengan kehadiran air.

Hipotesis diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment: