Sunday 1 March 2015

6.6 Siri Elektrokimia

Siri Elektrokimia
■ Siri Elektrokimia

Satu siri susunan unsur mengikut tertib berdasarkan kecenderungan untuk melepaskan elektron.

Unsur yang terletak di kedudukan yang lebih tinggi dalam siri elektrokimia:
Lebih elektropositif
Mempunyai kecenderungan yang lebih besar untuk membentuk kation dengan menderma elektron
Lebih reaktif
■ Siri elektrokimia boleh dibina berdasarkan:

Beza keupayaan antara dua logam dalam sel kimia.
Pasangan logam yang lebih jauh dalam siri elektrokimia menghasilkan voltan yang lebih tinggi berbanding pasangan logam yang berdekatan antara satu sama lain.
Makmal Aktiviti 6.6.1: Membina siri elektrokimia berdasarkan beza keupayaan antara dua logam

Sesaran logam oleh logam yang lebih reaktif daripada larutan garam.
Logam yang lebih elektropositif akan menggantikan logam yang kurang elektropositif daripada larutan garam.
Makmal Aktiviti 6.6.2: Untuk membina siri elektrokimia berdasarkan penyesaran logam
Contoh: Sesaran logam kuprum, Cu, daripada larutan kuprum(II) nitrat dengan zink..

Persamaan kimia: ZN(s) + CU(NO3)2(aq) → Zn(NO3)2(aq) + Cu(s)

Ion nitrat,  NO-3 tidak mengambil bahagian di dalam tindak balas kimia.

Oleh itu, persamaan ion boleh ditulis sebagai: Zn(s) + Cu2+(ak) → Zn2+(ak) + Cu(p)
■ Video berikut mengandungi maklumat tentang siri elektrokimia.






⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment