Aktiviti Makmal 7.3.3 : Hubungan antara nilai pH dengan kemolaran bagi asid dan alkali |
Pernyataan masalah: Apakah hubungan di antara nilai pH dengan kemolaran larutan berasid dan beralkali?
Hipotesis:
» | Semakin tinggi kemolaran larutan berasid, semakin rendah nilai pH. | |
» | Semakin tinggi kemolaran larutan alkali, semakin tinggi nilai pH. |
Pembolehubah:
» | Pembolehubah dimalarkan: Jenis-jenis asid dan alkali | |
» | Pembolehubah dimanipulasikan: kemolaran larutan berasid dan alkali | |
» | Pembolehubah bergerakbalas: nilai pH |
Bahan: » Asid hidroklorik (0.001M, 0.01M, 0.1M, 1M) » Natrium hidroksida (0.001M, 0.01M, 0.1M, 1M) |
Radas: » Bikar » Silinder penyukat » Meter pH |
► |
|
|||||||||||
► | Asid hidroklorik
|
|||||||||||
► | Larutan natrium hidroksida
|
► | Nilai pH asid berkurangan dengan peningkatan kemolaran. Kepekatan ion H+ adalah lebih tinggi pada larutan yang berkemolaran lebih tinggi. Semakin tinggi ion H+ , semakin rendah nilai pH. | |
► | Nilai pH alkali bertambah dengan peningkatan kemolaran. Kepekatan ion OH- adalah lebih tinggi manakala kepekatan ion H+ adalah lebih rendah. Semakin rendah ion H+ , semakin tinggi nilai pH. |
► | Nilai pH bagi suatu asid berkurangan apabila kemolaran bagi asid tersebut meningkat. | |
► | Nilai pH bagi suatu alkali meningkat apabila kemolaran bagi alkali tersebut meningkat. | |
► | Hipotesis diterima. |
⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
No comments:
Post a Comment