Sunday 1 March 2015

6.4 Elektrolisis Dalam Industri

Kegunaan elektrolisis dalam industri
■ Kegunaan elektrolisis dalam industri

Pengekstrakan logam

Penulenan logam

Penyaduran logam
Pengekstrakan logam
■ Pengekstrakan logam

Elektrolisis boleh digunakan untuk mengekstrak logam daripada bijihnya.

Digunakan untuk mengekstrak logam yang lebih reaktif daripada karbon - kalium, natrium, kalsium, magnesium dan aluminium.
■ Pengekstrakan logam aluminium

Diekstrakkan daripada bijih bauksit yang mengandungi aluminium oksida(Al2O3)

Leburan aluminium oksida bercampur dengan crylolite untuk menurunkan takat lebur.

Elektrolisis dengan menggunakan elektrod karbon.

Elektrolit: Leburan aluminium oksida Di anod(+) Di katod(-)
Ion yang hadir O2- Al3+
Ion yang dipilih untuk dinyahcas Ion O2- dipilih untuk dinyahcas Ion Al3+ dipilih untuk dinyahcas
Setengah persamaan O2- → O2 + 4e-
Gas oksigen dikumpul
Al3+ + 3e- → Al
Aluminium terbentuk
■ Video berikut menunjukkan proses pengekstrakan bauksit.


Penulenan logam
■ Penulenan logam

Elektrolisis boleh digunakan untuk menulenkan logam yang tidak tulen.

Katod: Logam tulen ; anod: Logam tidak tulen

Elektrolit: garam yang mengandungi ion logam yang hendak ditulenkan
■ Penulenan kuprum


Elektrolit: Larutan kuprum(II) sulfat Di anod(+)
[Impure copper]
Di katod(-)
[Pure copper]
Ion yang hadir SO42-, OH- Cu2+, H+
Ion yang dipilih untuk dinyahcas Elektrod kuprum mengion untuk membentuk ion Cu2+ Ion Cu2+ dipilih untuk dinyahcas kerana ia mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia.
Setengah persamaan Cu → Cu2+ + 2e-
Elektrod kuprum terlarut dan jisimnya berkurangan.
Cu2+ + 2e- → Cu
Logam kuprum terenap.

Bendasing yang terbentuk terkumpul di dasar bekas.
■ Video berikut menunjukkan penulenan kuprum dalam siri animasi.

Penyaduran logam
■ Penyaduran logam

Elektrolisis boleh digunakan untuk meletakkan lapisan logam pada objek.

Katod: Objek yang hendak bersadur ; Anod: Logam yang digunakan untuk menyadurkan objek.

Elektrolit: Garam yang mengandungi ion logam bagi anod.
■ Penyaduran sudu logam dengan argentum


Elektrolit: Larutan argentum sulfat Di anod(+)
[Argentum]
Di katod(-)
[Sudu]
Ion yang hadir SO42-, OH- Ag+, H+
Ion yang dipilih untuk dinyahcas Elektrod argentum mengion untuk membentuk ion Ag+ Ion Ag+ dipilih untuk dinyahcas kerana ia mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia.
Setengah persamaan Ag → Ag+ + e-
Elektrod argentum terlarut dan jisimnya berkurangan.
Ag+ + e- → Ag
Logam argentum terenap. Satu lapisan argentum terbentuk pada sudu.
■ Video berikut menunjukkan elektrik duit syiling dengan nikel dan kuprum.




⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment