Sunday 1 March 2015

Aktiviti Makmal 6.3.2: Kepekatan ion dalam larutan elektrolit


Aktiviti Makmal 6.3.2: Kepekatan ion dalam larutan elektrolit
Tujuan: Untuk mengkaji kesan kepekatan ion dalam larutan kepada pilihan ion untuk dinyahcas pada elektrolisis
Pernyataan masalah: Bagaimanakah kepekatan ion mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas?
Hipotesis: Ion yang lebih pekat akan dinyahcas terlebih dahulu pada elektrod.
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Elektrolit dan jenis elektrod
» Pembolehubah dimanipulasikan: Kepekatan ion
» Pembolehubah bergerakbalas: Jenis-jenis ion dinyahcas di anod dan katod

Bahan:
» » Larutan kalium bromida 2 mol dm-3 dan 0.001 mol dm-3

Radas:
»Sel elektrolitik
»Tabung uji
»Elektrod karbon
»Suis
»Wayar penyambung
»Klip buaya
»Kayu uji
»Bateri
 Prosedur:

Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.

1. Arus elektrik dialirkan melalui larutan kalium bromida 2  mole dm-3 selama 15 minit.
2. Gas yang terkumpu pada elektrod diuji dan pemerhatian direkodkan .
3. Eksperimen diulangi dengan menggunakan larutan kalium bromida 0.001 mol dm-3
Keputusan:

Larutan kalium bromida 2 mol dm-3
Elektrod Pemerhatian Inferens
Anod Gas perang yang menukarkan kertas litmus biru ke merah terhasil. Gas bromin terbebas.
Cathode Gas tanpa warna dibebaskan. Memberikan bunyi'pop' dengan kayu uji menyala. Gas hidrogen terbebas.

Dilute potassium bromide solution 0.001 mole dm-3
Elektrod Pemerhatian Inferens
Anod Gas tanpa warna dibebaskan. Menyalakan kayu uji berbara. Gas oksigen terbebas.
Katod Gas tanpa warna dibebaskan. Memberikan bunyi'pop' dengan kayu uji menyala. Gas hidrogen terbebas.
Perbincangan:

Larutan kalium bromida 2 mol dm-3
Larutan akueus Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Br-, OH- K+, H+
Ion yang dipilih untuk dinyahcas Ion Br- dipilih untuk dinyahcas kerana ia mempunyai kepekatan yang lebih tinggi daripada ion hidroksida. Ion H+ dipilih untuk dinyahcas kerana ia mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia.
Setengah persamaan 2Br- → Br2 + 2e-
Gas bromin terkumpul
H+ + 2e- → H2
Gas hidrogen terkumpul

Larutan cair kalium bromida 0.001 mole dm-3
Larutan akueus Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Br-, OH- K+, H+
Ion yang dipilih untuk dinyahcas Ion OH- dipilih untuk dinyahcas kerana ia mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia. Ion H+ dipilih untuk dinyahcas kerana ia mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia.
Setengah persamaan 4OH- → 2H2 + O2 + 4e-
Gas oksigen terkumpul
H+ + 2e- → H2
Gas hidrogen terkumpul
 Kesimpulan:

Semakin tinggi kepekatan ion dalam larutan akueus, lebih mudah ia dinyahcaskan semasa elektrolisis.

Hipotesis diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment