Tuesday, 17 March 2015

7.1 Asid dan Bes

Asid
Definisi asid (Teori Arrhenius)

Sebatian kimia yang bercerai (mengion) untuk menghasilkan ion hidrogen,  H+ (ion hydroxonium, H3O+) apabila dilarutkan dalam air.

Contoh asid:
Asid Persamaan (Ion hidrogen, H+)
Asid hidroklorik
HCl(g) H2 OH+(ak) + Cl-(ak)
HCl(g) + H2O(ce) → H3O+(ak) + Cl-(ak)
Asid nitrik
HNO3(ak) H 2OH+(ak) + NO3-(ak)
HNO3(ak) + H2O(ce) → H3O+(ak) + NO3-(ak)
Asid sulfurik
H2SO4(ak) H2O2H+(ak) + SO42-(ak)
H2SO4(ak) + 2H2O(ce) → 2H3O+(ak) + SO42-(ak)
Definisi asid (Bronsted dan Lowry)

Penderma proton (H+) apabila dilarutkan dalam air.
■ Kebesan asid

Bilangan ion hidrogen, H+, yang boleh dihasilkan oleh satu molekul asid.
Kebesan Contoh
Asid monoprotik
Satu molekul asid bercerai dalam air menghasilkan satu ion hidrogen, H+
HCl(g) H2 OH+(ak) + Cl-(ak)
Asid diprotik
Satu molekul asid bercerai dalam air menghasilkan dua ion hidrogen, H+
H2SO4(ak) H2O2H+(ak) + SO4-(ak)
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai definisi asid dan bes.



Maksud bes dan alkali
Definisi bes

Sebatian kimia yang boleh bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air sahaja.
Base + Acid → Salt + Water

Semua oksida dan hidroksida logam adalah bes.

Contoh:
Magnesium oksida:  MgO(p) + 2HCl(ak) → MgCl2(ak) + H2O(ce)
Kuprum hidroksida: Cu(OH)2(p) + 2HNO3(ak) → Cu(NO3)2(ak) + 2H2O(ce)

Bukan semua bes boleh larut dalam air. Suatu bes yang boleh larut dalam air dikenali sebagai alkali. 
Bes Keterlarutan
Natrium oksida Larut dalam air, Oleh itu natrium hidroksida dikenali sebagai alkali.
Na2O(p) + H2O(ce) → 2NaOH(ak)
Kuprum hidroksida Oleh itu, kuprum hidroksida adalah bes tetapi bukan alkali.
Definisi alkali(Teori Arrhenius)

Satu sebatian yang menghasilkan hidroksida, OH- ,  apabila dilarutkan dalam air.
■ Larutan alkali

Mengandungi ion hidroksida, OH-,  yang bergerak bebas.

Ion hidroksida,  OH- yang bebas bergerak di dalam air membolehkan alkali menunjukkan sifat-sifatnya.
Alkali Pengionan bes dalam air
Natrium hidroksida NaHO(p) H2 ONa+(ak) + OH-(ak)
Barium hidroksida Ba(OH)2(p)H 2OBa2+(ak) + 2OH-(ak)

Alkali adalah penerima proton.

Penggunaan asid dan alkali dalam kehidupan harian
■ Contoh asid dan kegunaannya:

Asid sulfurik digunakan dalam pembuatan bahan pencuci, cat, baja dan elektrolit dalam akumulator asid plumbum.

Asid hidroklorik digunakan untuk membersihkan logam sebelum penyaduran dalam industri.

Asid metanoik digunakan untuk penggumpalan susu getah dalam industri getah.

Asid etanoik digunakan untuk membuat cuka.

Asid karbonik digunakan untuk membuat minuman bergas.

Asid nitrik digunakan untuk membuat baja, plastik dan bahan-bahan letupan.
■ Contoh bes dan kegunaannya:

Ammonia digunakan untuk membuat agen pembersih, baja, asid nitrik dan menyimpan susu getah dalam bentuk cecair.

Magnesium hidroksida digunakan untuk membuat pil gastrik dan ubat gigi.

Kalsium hidroksida digunakan untuk membuat simen, air kapur dan meneutralkan keasidan tanah.

Natrium hidroksida digunakan untuk membuat bahan pencuci, sabun, baja dan agen pelunturan.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai penggunaan asid dan alkali.


Peranan air untuk menunjukkan sifat-sifat asid
■ Peranan air dalam pembentukan ion hidrogen

Dengan kehadiran air,
asid akan mengionkan untuk membentuk ion hidrogen, . H+
menunjukkan sifat berasid.

Contoh: asid hidroklorik
Asid hidroklorik dalam pelarut organik
Wujud sebagai molekul kovalen yang neutral.
Tidak tercerai untuk membentuk ion hidrogen, . H+.
Tidak menunjukkan sebarang sifat asid.
Asid hidroklorik dalam air
Tercerai di dalam air untuk membentuk ion hidrogen, H+ yang bebas bergerak.
Menunjukkan sifat-sifat asid.
■ Video berikut mengandungi maklumat tentang peranan air untuk menunjukkan sifat-sifat asid dan alkali

Makmal Aktiviti 7.1.1: Peranan air untuk menunjukkan sifat-sifat asid
Peranan air untuk menunjukkan sifat alkali
■ Peranan air dalam pembentukan ion hidroksida

Dengan kehadiran air,
alkali yang akan tercerai untuk membentuk ion, OH-
menunjukkan sifat kealkalian.

Contoh: Ammonia
Ammonia dalam pelarut organik
Ammonia dalam pelarut organik wujud dalam bentuk molekul.
Tidak tercerai untuk membentuk ion hidroksida, OH-.
Tidak menunjukkan sebarang sifat alkali.
Ammonia dalam air
Tercerai di dalam air untuk membentuk ion hidroksida, OH- yang bebas bergerak.
Menunjukkan sifat alkali.

Contoh: Kalsium hidroksida
Kalsium hidroksida kontang Kalsium hidroksida akueus
Kalsium hidroksida kontang adalah dalam keadaan pepejal, tiada ion bebas bergerak hadir.
Tidak tercerai untuk membentuk ion hidroksida, OH-.
Tidak menunjukkan sebarang sifat alkali.
Tercerai di dalam air untuk membentuk ion hidroksida, OH- yang bebas bergerak.
Menunjukkan sifat alkali.
Makmal Aktiviti 7.1.2: Peranan air untuk menunjukkan sifat-sifat alkali

Sifat-sifat asid
■ Sifat-sifat fizik

Rasa masam

Mengkakis

Menukar kertas litmus biru merah

Mempunyai nilai pH < 7

Mengkonduksikan elektrik
■ Sifat-sifat kimia

Bertindak balas dengan logam reaktif untuk membebaskan gas hidrogen,  H2.
Contoh: Asid hidroklorik bertindak balas dengan magnesium untuk membebaskan gas hidrogen.
Mg(p) + 2HCl(ak) → MgCl2(ak) + H2(g)

Bertindak balas dengan karbonat logam untuk membebaskan karbon dioksida, CO2.
Contoh: Asid hidroklorik bertindak balas dengan kalsium karbonat untuk membebaskan gas karbon dioksida.
CaCo3(p) + 2HCl(ak) → CaCl2(ak) + H2O(ce) + CO2(g)

Bertindak balas dengan bes untuk membentuk garam dan air.
Contoh: Asid hidroklorik bertindak balas dengan magnesium oksida untuk magnesium klorida dan air.
MgO(p) + 2HCl(ak) → MgCl2(ak) + H2O(ce)

Meneutralkan larutan alkali untuk membentuk garam dan air SAHAJA.
Contoh: Asid hidroklorik bertindak balas dengan natrium hidroksida untuk membentuk natrium klorida dan air.
HCl(ak) + NaOH(ak) → NaCl(ak) + H2O(ce)
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri asid dan bes.

Makmal Aktiviti 7.1.3: Sifat-sifat asid

Sifat-sifat alkali
■ Sifat-sifat fizik

rasa pahit dan berasa licin

mengkakis

bertukar kertas litmus merah kepada biru

mempunyai nilai pH > 7

mengkonduksikan elektrik
■ Sifat-sifat kimia

Bertindak balas garam ammonium untuk menghasilkan garam, air dan gas ammonia.
Contoh: Natrium hidroksida bertindak balas dengan asid hidroklorik untuk membentuk natrium klorida dan air.
NaOH(p) + 2NH4Cl(ak) → NaCl(ak) + H2O(ce) + NH3(g)

Meneutralkan asid untuk membentuk garam dan air SAHAJA.
Contoh: Natrium hidroksida bertindak balas dengan ammonium klorida untuk menghasilkan natrium klorida, air dan gas ammonia.
NaOH(ak) + HCl(ak) → NaCl(ak) + H2O(l)

Contoh 7.1(a)
Pilih benar [ √ ] atau salah [ X ] untuk pernyataan yang diberikan.
Pernyataan Jawapan
Ion hidrogen,  H+ dan ion hydroxonium, H3O+ adalah tidak sama.
Semua alkali adalah bes tetapi bukan semua bes adalah alkali.
Asid adalah penderma proton dan alkali adalah penerima proton.
Semua bes mengandungi ion hidroksida, OH-.
Asid dan bes memerlukan air untuk menunjukkan sifat asid dan alkali mereka masing-masing


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

4 comments: