Sunday, 1 March 2015

Aktiviti Makmal 6.3.1 : Kedudukan ion dalam siri elektrokimia


Aktiviti Makmal 6.3.1 : Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
Tujuan: Untuk mengkaji kesan kedudukan ion dalam siri elektrokimia pada hasi elektrolisis
Pernyataan masalah: Bagaimanakah kedudukan ion dalam siri elektrokimia mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas?
Hypothesis: Ion yang terletak di kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia akan dinyahcas dengan lebih mudah pada elektrod.
Variable:
» Pembolehubah dimalarkan: Kepekatan elektrolit dan jenis elektrod
» Pembolehubah dimanipulasikan: Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
» Pembolehubah bergerakbalas: Jenis-jenis ion dinyahcas di anod dan katod

Bahan:
» Asid sulfurik cair
» Kuprum (II) sulfat

Radas:
»Sel elektrolitik
»Tabung uji
»Elektrod karbon
»Suis
»Wayar penyambung
»Klip buaya
»Kayu uji
»Bateri
 Prosedur:

Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.

1. Arus elektrik dibiarkan mengalir ke dalam asid selama 15 minit.
2. Gas yang terkumpul pada elektrod diuji, dan pemerhatian direkodkan.
3. Asid kemudian digantikan dengan larutan kuprum (II) sulfat.
Keputusan:

Asid sulfurik cair
Elektrod


Pemerhatian Inferens
Anod
Gas tanpa warna dibebaskan. Menyalakan kayu uji berbara.
Gas oksigen terbebas.
Katod Gas tanpa warna dibebaskan. Memberikan bunyi'pop' dengan kayu uji menyala. Gas hidrogen terbebas.

Copper(II) sulphate solution
Larutan akueus Pemerhatian Inferens
Anod Gas tanpa warna dibebaskan. Menyalakan kayu uji berbara. Gas oksigen terbebas.
Katod Bahan berwarna perang berkilat terbentuk. Kuprum terbentuk.
Warna elektrolit Warna biru semakin pudar. Kepekatan ion    CU2+ semakin berkurangan.
Perbincangan:

Asid sulfurik cair
Larutan akueus Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod SO42-, OH- H+
Ion yang dipilih untuk dinyahcas Ion OH- dipilih untuk dinyahcas kerana ia mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia. Ion H+ dipilih untuk dinyahcas kerana ia mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia.
Setengah persamaan 4OH- →2H2O + O2 + 4e-
Gas oksigen terkumpul
2H+ + 2e- → H2
Gas hidrogen terkumpul

Copper(II) sulphate solution
Larutan akueus Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod SO42-, OH- Cu2+, H+
Ion yang dipilih untuk dinyahcas Ion OH- dipilih untuk dinyahcas kerana ia mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia. Ion Cu2+ dipilih untuk dinyahcas kerana ia mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam siri elektrokimia.
Setengah persamaan 4OH- →2H2O + O2 + 4e-
Gas oksigen terkumpul
Cu2+ + 2e- → Cu
Logam kuprum terenap
Kesimpulan:

Kedudukan ion dalam siri elektrokimia mempengaruhi ion yang dipilih untuk dinyahcas pada elektrod. Oleh itu, elektrolisis
asid sulfurik cair menghasilkan gas hidrogen di katod dan gas oksigen di anod.
kuprum (II) sulfat menghasilkan kuprum pada katod dan oksigen di anod.

Hipotesis diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments:

  1. terima kasih kerana laman ini banyak membantu saya untuk menyiapkan laporan kimia. :)

    ReplyDelete