Wednesday, 2 September 2015

2.2 Keperluan Nutrien oleh Tumbuhan

Nutrien yang Diperlukan oleh Tumbuhan
■ Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari dan nutrien untuk menghasilkan makanan semasa fotosintesis.
■ Dalam proses membuat makanan (glukosa), karbon dioksida dan air membekalkan nutrien, yang merupakan karbon, oksigen dan hidrogen.
■ Klorofil menyerap cahaya matahari untuk memecahkan molekul air menjadi hidrogen dan oksigen.
■ Gabungan atom karbon, hidrogen dan oksigen akan membentuk glukosa. Oksigen yang berlebihan akan dibebaskan ke atmosfera

►

Makronutrien
■ Makronutrien ialah bahan kimia (nutrien) yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak.
■ Nutrien ini termasuk:

Makronutrien Fungsi Simptom kekurangan nutrien
Fosforus
◉ Mensintesis sebatian fosforus yang bertenaga tinggi, protein, membran sel dan asid nukleik
◉ Menggalakkan pembahagian sel
◉ Pertumbuhan akar lemah
◉ Pertumbuhan terbantut
◉ Daun berwarna hijau gelap dan menunjukkan bintik merah
Kalium
◉ Mensintesis asid nukleik
◉ Metabolisme bagi karbohidrat (pembentukan bintil kanji)
◉ Mengekalkan kesegahan sel tumbuhan
◉ Kofaktor bagi enzim tertentu
◉ Pertumbuhan bunga dan buah lemah
◉ Daun kekuningan dengan tompok perang
◉ Tisu di sekeliling pinggir atau hujung daun mati
Kalsium
◉ Menggalakkan pembinaan sel pada hujung akar dan hujung tunas
◉ Pertumbuhan akar lemah
◉ Tisu di pinggir atau hujung daun kekuningan dan berbentuk tak sekata
Magnesium
◉ Komponen utama klorofil
◉ Metabolisme bagi karbohidrat
◉ Daun matang menjadi kekuningan tetapi urat daun masih berwarna hijau
◉ Daun mempunyai bintik merah
Sulfur
◉ Komponen utama bagi asid amino, protein dan asid nukleik
◉ Daun muda menjadi kekuningan
Mikronutrien
■ Mikronutrien ialah bahan kimia (nutrien) yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang sedikit tetapi ia adalah sangat penting untuk pertumbuhan tumbuhan.

Mikronutrien Fungsi Simptom kekurangan nutrien
Boron
◉ Penting dalam pengangkutan karbohidrat dalam tumbuhan
◉ Tunas mati
◉ Pertumbuhan akar lemah
◉ Bunga mudah gugur
Molibdenum
◉ Penting untuk mensintesiskan protein dan metabolisme bagi nitrogen
◉ Tisu di pinggir atau hujung daun kekuningan dan bergulung
Zink
◉ Mensintesiskan hormon tumbuhan dan protein
◉ Pengaktifan bagi enzim tertentu
◉ Daun kecil berbentuk tak sekata
◉ Pertumbuhan terbantut
Mangan
◉ Pengaktifan bagi enzim respirasi tertentu dan metabolisme bagi nitrogen
◉ Daun mempunyai bintik kuning dan perang
◉ Tunas mati
Kuprum
◉ Komponen bagi enzim
◉ Penting untuk fotosintesis
◉ Tumbuhan layu dan daun muda mati
Ferum
◉ Mensintesiskan klorofil dan protein
◉ Daun muda menjadi kekuningan

✍ Contoh latihan 2.2(a)
Anda diberi simptom yang muncul di satu tumbuhan yang tidak sihat. Kenal pasti kekurangan nutrien tertentu dalam tumbuhan itu.
Simptom Nutrien
Sedikit bunga dan benih, buah-buahan mengambil masa yang lebih lama untuk masak, tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lama untuk matang Fosforus
Daun menjadi kekuningan, kecil dan mudah luruh Nitrogen
Tepi daun bertukar kekuningan, tisu di tepi daun dan pucuk mati, tumbuh-tumbuhan mati pada peringkat awal Kalium



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment: