Wednesday, 2 September 2015

2.4 Kepentingan Amalan Nutrisi yang Baik dan Seimbang

Tabiat Makanan yang Sihat
■ Kita perlu mengikuti diet yang baik dan seimbang untuk

► Memudahkan proses pertumbuhan

► Mengekalkan kesihatan badan

► Meningkatkan imuniti badan terhadap penyakit

► Mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian
■ Rajah dibawah menunjukkan piramid makanan.
■ Piramid makanan memberikan panduan kepada kita untuk merancang pemakanan serta jenis makanan pada kadar dan kuantiti yang betul.
■ Piramid makanan terdiri daripada empat kumpulan makanan:

► Kumpulan di paling rendah ialah karbohidrat. Kita perlu makan jenis makanan ini untuk mendapat banyak tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.

► Kumpulan makanan di bahagian paling tinggi termasuklah lemak, minyak dan gula. Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan ini.

► Kumpulan makanan di bahagian yang kedua tertinggi ialah hasil tenusu seperti susu, daging dan keju. Ayam, itik dan ikan juga tergolong dalam kumpulan makanan ini.

► Kumpulan makanan di bahagian yang ketiga tertinggi ialah sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan. Kumpulan ini mengandungi garam mineral dan vitamin yang banyak. Kita perlulah makan makanan jenis ini dengan banyak.



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment