Thursday, 20 August 2015

1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma
■ Suhu

Kebanyakkan mikroorganisma adalah tidak aktif pada suhu rendah.

Suhu optimum bagi kebanyakkan tindak balas yang menggunakan enzim dalam badan mikroorganisma adalah dalam julat 35℃ hingga 40℃.

Banyak mikroorganisma akan mati pada suhu yang melebihi 60℃.

Akan tetapi, sebilangan bakteria boleh tahan suhu yang sangat tinggi.

Sebilangan spora bakteria yang hidup dalam keadaan terlampau boleh tahan kepadanasan dan kesejukan. Kebanyakan spora akan terbunuh pada suhu yang melebihi 110℃.
■ pH

Mikroorganisma hidup dalam julat pH yang berlainan.

Sebilangan mikroorganisma hidup dalam keadaan yang sedikit berasid manakala sebilangan mikroorganisma lain hidup dalam keadaan yang sedikit beralkali.

Akan tetapi, banyak mikroorganisma hidup dalam medium neutral, iaitu pH7.

Kebanyakan mikroorganisma akan mati pada nilai pH terlampau seperti nilai pH yang sangat tinggi atau terlalu rendah.
■ Cahaya

Mikroorganisma fotosintetik seperti alga dan sebilangan bakteria memerlukan cahaya untuk menjalankan fotosintesis dan mensintesiskan makanan.

Akan tetapi, banyak mikroorganisma lain seperti kulat dan bakteria sesuai hidup dalam keadaan gelap.

Sinar ultraungu dalam cahaya matahari boleh membunuh sebilangan mikroorganisma.
■ Nutrien

Semua mikroorganisma kecuali virus memerlukan nutrien untuk pertumbuhan dan menjalankan proses hidup.

Dalam keadaan yang tidak sesuai untuk hidup dan tidak mendapat nutrien, banyak mikroorganisma akan mati atau bakteria akan membentuk endospora.
■ Kelembapan

Semua mikroorganisma memerlukan air atau kelembapan untuk hidup dan menjalankan proses hidup.

Kelembapan tinggi sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma.

Air adalah penting kerana air digunakan sebagai medium untuk tindak balas yang berlaku dalam badan mikroorganisma.
Aktiviti Makmal 1.2.1: Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

1.3 Mikroorganisma yang Berfaedah→

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments:

  1. takde ke faktor yang membantutkan pertumbuhan mikroorganisma berkaitan udara atau angin [lebih kurang]

    ReplyDelete
  2. Takde ke pada suhu yang terlalu sejuk kebanyakan bakteria akan mati atau.... Jawapan dia apa?

    ReplyDelete