Kesan-kesan Buruk Mikroorganisma kepada Manusia
■ Mikroorganisma parasit mendapatkan makanan dari perumahnya dan menghasilkan toksin yang boleh memusnahkan sel-sel, tisu atau organ perumah. Mikroorganisma menyebabkan penyakit pada manusia.
■ Sebilangan mikroorganisma juga boleh menyebabkan keracunan makanan. Bakteria yang tumbuh atas makanan menghasilkan toksin dan menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan muntah.
Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma
■ Mikroorganisma yang merbahaya menyebabkan penyakit dipanggil patogen. Kebanyakkan patogen merupakan parasit yang hidup atas perumah. Toksin yang dihasilkan boleh menyebabkan simptom pada organisma yang dijangkiti. Patogen boleh mengandungi bakteria, virus, kulat dan protozoa.
■ Bakteria
|
► |
Bakteria boleh menyebabkan penyakit seperti tibi, kolera, dan penyakit kelamin. |
|
Penyakit |
Bahagian yang dijangkiti |
Simptom |
Cara jangkitan |
Tibi |
Sistem pernafasan |
Keletihan, batuk, kahak berdarah, peluh malam, demam, kekurangnan berat badan |
Udara atau wap air |
Kolera |
Saluran penghadaman |
Cirit-birit, dehidrasi, muntah tanpa loya, kekejangan otot |
Makanan dan air tercermar, lalat (vektor) |
Sifilis |
Sistem pembiakan |
Ruam pada organ-organ seksual. Keletihan, kurang selera makan, demam, kekejangan otot, sakit kepala. Lumpuh dan kegagalan jantung. |
Hubungan seks |
|
■ Virus
|
► |
Virus boleh menyebabkan penyakit seperti selesema, demam denggi, hepatitis A dan B, cacar, polio dan sindrom kurang daya tahan (AIDS). |
|
Penyakit |
Bahagian yang dijangkiti |
Simptom |
Cara jangkitan |
Selesema |
Sistem pernafasan |
Demam, bersin, batuk, sakit kepala, sakit tekak, hidung berair |
Udara atau wap air |
Demam denggi |
Darah |
Demam, ruam merah pada kulit, sakit pada biji mata, hilang selera makan, muntah, sakit perut, pendarahan pada hidung |
Nyamuk aedes |
Hepatitis A |
Hati |
Demam, keletihan, sakit belakang, kurang selera makan, loya, muntah, cirit-birit, penyakit kuning |
Air atau makanan tercemar dan lalat |
Hepatitis B |
Hati |
Demam, keletihan, mata putih menjadi kuning, kurang selera makan, penyakit kuning, air kencing berwarna gelap dan sirosis hati |
Daripada cecair badan atau darah pembawa melalui pemindahan darah, perkongsian jarum tercemar, dan hubungan seks |
AIDS |
Darah |
Sistem imum menjadi lumpuh, cirit-birit, demam, hilang berat badan dan mudah dijangkiti penyakit lain |
Daripada cecair badan atau darah pembawa melalui pemindahan darah, perkongsian jarum tercemar, dan hubungan seks |
Cacar |
Sistem pernafasan dan mata |
Demam, batuk, sakit tekak, hidung berair, ruam pada mata dan seluruh badan |
Udara atau wap air |
Polio |
Sistem saraf pusat |
Demam panas, sakit kepala, tekak dan otot, lumpuh anggota badan |
Air atau makanan tercemar |
|
■ Kulat
|
► |
Kulat menyebabkan penyakit seperti kurap dan tinea. |
|
Penyakit |
Bahagian yang dijangkiti |
Simptom |
Cara jangkitan |
Kurap |
Kulit |
Ruam merah pada kulit |
Melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung seperti berkongsi tuala, pakaian dan sikat (dijangkiti melalui spora kulat) |
Tinea |
Kulit |
Bintik putih pada kulit |
Melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung seperti berkongsi tuala, pakaian dan sikat (dijangkiti melalui spora kulat) |
|
■ Protozoa
|
► |
Protozoa menyebabkan penyakit seperti malaria dan disentri |
|
Penyakit |
Bahagian yang dijangkiti |
Simptom |
Cara jangkitan |
Malaria |
Darah |
Demam panas dengan diselangi kesejukan, sakit kepala dan otot, menggigil, kenaikan kadar degupan jantung dan pernafasan, banyak berpeluh |
Nyamuk betina Anopheles yang terjangkit |
Disentri |
Usus |
Demam, keletihan, muntah, loya, sakit kepala, cirit-birit, najis dengan darah dan nanah |
Air atau makanan tercemar |
|
Cara Penyakit Merebak
■ Penyakit boleh merebak melalui beberapa cara iaitu udara (wap air), air, makanan, sentuham dan vektor.
■ Vektor merupakan organisma yang membawa atau memindahkan patogen kepada manusia.
|
Cara jangkitan |
Penerangan ringkas |
Contoh penyakit |
Vektor |
Patogen pada lalat akan mencemarkan makanan apabila disentuh |
Kolera, disentri |
Nyamuk memindahkan patogen kepada manusia melalui gigitan. |
Malaria, denggi |
Air |
Punca air yang tercemar dengan kumbahan dan sampah boleh menyebabkan penyakit |
Kolera, hepatitis A, disentri, polio |
Udara (wap air) |
Apabila seorang pesakit bersin, batuk atau bercakap, patogen di dalam wap air akan tersebar ke udara. |
Selesema, beguk, tibi |
Patogen juga tersebar ke udara apabila ruam pesakit cacar menjadi kering. |
Cacar |
Makanan |
Makanan yang tercemar melalui sentuhan, air yang kotor atau lalat |
Kolera, disentri, hepatitis A |
Sentuhan |
Penyakit boleh berjangkit melalui sentuhan seperti hubungan seks, pemindahan darah dan perkongsian jarum |
AIDS, hepatitis B |
Berjangkit melalui penggunaan tuala, baju atau sikat |
Tinea, kurap |
|
⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. |
|
|
No comments:
Post a Comment