Tuesday 25 August 2015

1.3 Mikroorganisma yang Berfaedah

Peranan Mikroorganisma dalam Pencernaan Makanan
■ Dalam haiwan herbivor

Kambing dan lembu mempunyai salur pencernaan yang khusus dalam usu untuk mencerna selulosa.

Kambing dan lembu menyimpan rumput yang separuh tercerna dan membenarkan bakteria mencernakan selulosa rumput.

Makanan yang separuh tercerna disimpan dalam rumen. Selulosa rumput dicernakan oleh bakteria dengan enzim selulase.
■ Protozoa di dalam usus anai-anai menghasilkan enzim selulase untuk mencerna selulosa dalam kayu menjadi glukosa.
■ Bakteria boleh hidup dalam makanan yang tidak tercerna dalam usus besar manusia dan menghasilkan vitamin K serta vitamin B yang akan diserap ke dalam tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
■ Video ini menerangkan tentang peranan mikroorganisma dalam pencernaan makanan. (English)


Peranan Mikroorganisma dalam Proses Pereputan
■ Pengurai organisma yang mati

Bakteria atau kulat pengurai akan mengurai organisma yang mati.

Dalam proses penguraian, molekul-molekul kompleks dan besar dalam badan organisma yang mati dipecahkan kepada molekul-molekul kecil seperti karbon dioksida dan air.

Karbohidrat, protein dan lemak dari organisma mati akan digunakan sebagai makanan bakteria dan kulat pengurai.

Sebilangan molekul kecil merupakan gas yang berbau busuk dan dilepaskan ke udara.
■ Pengurai mengitar semula bahan dalam alam sekitar

Bakteria saprofit memainkan peranan penting dalam meguraikan bahan organik kompleks kepada bahan ringkas dalam tumbuhan dan haiwan yang mati.

Unsur-unsur seperti oksigen, hidrogen, karbon, nitrogen dan fosforus yang terdapat dalam badan organisma akan dibebaskan selepas organisma mati terurai.

Bahan ringkas seperti air dan karbon dioksida akan diserap semula oleh tumbuhan lain untuk membina bahan organik kompleks seperti karbohidrat, lipid dan protein.
Peranan Mikroorganisma dalam Perubatan
■ Mikrob menghasilkan ubat

Kulat dan bakteria menghasilkan antibiotik yang berkesan seperti penisilin dan tetrasiklina.

Saintis boleh menghasilkan mikorb untuk membuat hormon seperti insulin.

Yis boleh digunakan sebagai pemakanan tambahan dalam bidang perubatan kerana ia kaya dengan vitamin B dan protein.

Alga mengandungi bahan kimia seperti beta-karotena (mencegah kanser) dan asid lemak (mencegah penyakit jantung).
■ Mikrob membuat vaksin untuk manusia

Vaksin dibuat daripada virus atau bakteria yang dilemahkan. Vaksin boleh memberi keimunan kepada manusia sepanjang hayat.

Contoh-contoh vaksin ialah vaksin untuk campak, beguk dan cacar air.

Kebanyakan vaksin biasanya memerlukan dos penggalak untuk mencapai keimunan yang tahan lama. Vaksin jenis ini termasuk poliomielitis, influenza, hepatitis A dan rabies.

Bagi hepatitis B, hanya bahagian protein virus yang digunakan untuk membuat vaksin.

Peranan Mikroorganisma dalam Industri
■ Dalam pemprosesan makanan

Penggunaan yis untuk membuat roti dan alkohol.

Bakteria digunakan untuk mengoksidakan alkohol kepada asid etanoik (cuka), penghasilan keju, yogurt dan sebagainya,

Sebilangan bakteria digunakan untuk menghasilkan makanan yang kaya dengan pelawas.
■ Dalam perindustrian

Bakteria aerob yang menggunakan oksigen untuk bernafas digunakan untuk rawatan kumbahan dan sisa buangan domestik.

Sisa buangan organik dalam tindak balas bakteria anaerob (tidak menggunakan oksigen untuk bernafas) boleh menghasilkan gas metana.

Bioplastik ialah produl lain yang menggunakan mikroorganisma untuk menghasilkan plastik.

Peranan Mikroorganisma dalam Pertanian
■ Bakteria dan kulat mengurai bahan organik mati menjadi humus. Humus mengandungi mineral yang mudah sedia untuk diserap oleh akar tumbuhan
■ Proses pengikatan nitrogen

Bakteria pengikat nitrogen menukar nitrogen kepada sebatian nitrat.

Pengikat nitrogen berlaku dalam alam semula jadi sewaktu berlakunya kilat.

Bakteria pendenitritan dalam tanah menguraikan sebatian nitrat untuk menjadi gas nitrogen semula melalui pendenitritan.

Gas nitrogen dilepaskan ke atmosfera.

Potensi Penggunaan Mikroorganisma dalam Pelbagai Bidang
■ Melalui kejuruteraan genetik, struktur genetik bakteria boleh ditukar dan dihasilkan untuk menghasilkan bahan kimia tertentu seperti hormon dan enzim, yang sebelum ini hanya boleh diekstrak daripada darah haiwan seperti kuda.
■ Sejenis bakteria digunakan untuk menghasilkan plastik yang mesra alam.
■ Bakteria tertentu boleh digunakan untuk mengurai dan minyak bersih tumpah di laut.
■ Virus tertentu boleh digunakan untuk merawat penyakit keturunan seperti anemia sel sabit.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Menulenkan ape eah dlm perindustrian

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum saya salin ya maklumat ini. Terima kasih ! <3

    ReplyDelete
  4. thank you! maklumat ni berguna untuk saya belajat masa pkp sekarang ni

    ReplyDelete
  5. sangat membantu saya mencari maklumat..terima kasih banyak ii

    ReplyDelete