Monday, 31 August 2015

1.6 Rawatan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma

Cara Rawatan Pesakit yang Dijangkiti Patogen
■ Terdapat beberapa cara untuk merawat pesakit yang dijangkiti patogen, iaitu

Rawatan tradisional

Antibiotik

Vaksin

Disinfektan

Antiseptik

Rawatan Tradisional
■ Rawatan tradisional adalah rawatan yang menggunakan perubatan tradisional untuk merawat penyakit.
■ Sumber perubatan tradisional diperoleh daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan.

Herba (bahagian-bahagian tumbuhan seperti kulit pokok, daun, bunga dan akar) selalu digunakan untuk mengubati pesakit.

Lidah buaya (aloe vera) digunakan untuk mengubati kudis dan luka kerana ia boleh mengurangkan kesakitan, kemerahan kulit dan memulihkan luka.

Qualaquin digunakan untuk mengubati pesakit malaria.

Air halia dan madu digunakan untuk merawat selesema.

Antibiotik
■ Antibiotik ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada mikroorganisma seperti kulat atau bakteria.
■ Antibiotik yang selalu digunakan termasuklah

Penisilin yang dihasilkan daripada kulat Penicillium notatum. Penisilin digunakan untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperti pneumonia, gonorea dan sifilis.

Streptomisin yang dihasilkan oleh bakteria Streptomyces sp.
Vaksin
■ Vaksin ialah bahan yang mengandungi patogen mati atau patogen yang dilemahkan. Vaksin digunakan dalam suntikan untuk memberi keimunan menentang penyakit tertentu.
■ Vaksin boleh merangsang penghasilan antibodi dalam sistem perlindungan badan kita dan memberi keimunan badan.

Contoh-contoh penyakit yang boleh dikawal melalui suntikan vaksin ialah cacar, tibi dan poliomielitis.

Disinfektan
■ Disinfektan digunakan untuk menghapuskan semua mikroorganisma bahaya seperti kulat dan bakteria termasuk virus dan endospora bakteria di alam sekitar.
■ Disinfektan adalah lebih pekat daripada antiseptik dan bersifat menghakis. Ia digunakan untuk membunuh kuman di lantai, pada perabot dan alatan.

Contoh disinfektan ialah lisol, fenol, formalin, kalsium hipoklorat dan kresol.

Antiseptik
■ Bahan kimia untuk mengawal mikroorganisma dan sesuai digunakan pada kulit.
■ Antiseptik disapu pada luka atau kulit untuk menghalang serangan patogen ke dalam badan kita atau pertumbuhan patogen pada kulit.

Contoh antiseptik ialah iodin, alkohol, asid borik, akriflavin, hidrogen peroksida dan larutan kalium manganat (VII).

Risiko Rawatan Tanpa Pengawasan dan Preskripsi Pengamal Perubatan yang Berkelayakan
■ Kesan antibiotik ke atas mikroorganisma

Pengambilan antibiotik secara berlebihan boleh menyebabkan penghasilan bakteria mutasi yang boleh menentang antibiotik ini. Oleh itu, penggunaan antibiotik perlulah mengikut preskripsi doktor pakar.
■ Penyalahgunaan ubat tradisi boleh membawa maut.

Sebagai contoh, makan peria yang terlampau banyak akan mangakibatkan sakit perut dan cirit-birit. Biji peria boleh mengakibatkan sakit kepala, demam panas dan koma.

Pengambilan muinina boleh menyebabkan kesan buruk seperti darah tinggi dan serangan sakit jantung.

Contoh latihan 1.6(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Vaksin digunakan untuk mencegah penyakit tertentu
Antibiotik tidak perlu digunakan sebaik sahaja kita telah pulih daripada penyakit.
Antibiotik digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria
Antiserums digunakan untuk merawat penyakit tertentu.
Semua perubatan tradisional boleh digunakan tanpa pengawasan dan preskripsi doktor.
Penyakit yang disebabkan oleh virus boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..utk makluman, kpd sesiapa yg memerlukan khidmat urut tradisional blh lah hubungi sy di talian 011-11036311...sy menetap di kota bharu kelantan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete