Sunday 2 August 2015

Aktiviti Makmal 8.1.1: Ketahanan Paku Keluli Nirkarat Terhadap Pengaratan

Aktiviti Makmal 8.1.1:
Ketahanan Paku Keluli Nirkarat Terhadap Pengaratan
Tujuan: Mengkaji ketahanan paku keluli nirkarat terhadap pengaratan
Penyata Masalah: Adakah paku keluli nirkarat lebih mudah berkarat berbanding dengan paku besi?
Hipotesis: Paku keluli nirkarat tidak mudah berkarat berbanding dengan paku besi.
Pemboleh ubah
» yang dimalarkan : Kepekatan dan isi padu larutan natrium klorida
» yang dimanipulasikan : Jenis paku
» yang bergerak balas : Pengaratan pada paku

Bahan:
» Larutan natrium klorida 0.5mol dm-3
» Paku besi
» Paku keluli nirkarat

Radas:
» Tabung uji
» Rak tabung uji

Prosedur:

1. Tabung uji A dan B masing-masing diisi dengan 5cm3 larutan natrium klorida.
2. Paku besi dimasukkan ke dalam tabung uji A dan paku keluli nirkarat dimasukkan ke dalam tabung uji B.
3. Kedua-dua tabung uji itu dibiarkan di rak tabung uji selama tiga hari.
4. Pemerhatian tentang paku dicatat.
Pemerhatian:

Jenis paku Pemerhatian
Paku besi Berkarat
Paku keluli nirkarat Tidak berkarat

Analisis:

Paku besi berkarat.

Paku keluli nirkarat adalah tahan terhadap pengaratan.

Larutan natrium klorida meningkatkan kadar pengaratan paku.

Aloi boleh didefinisikan secara operasi sebagai bahan yang tahan karat.

Kesimpulan:

Aloi lebih tahan terhadap pengaratan berbanding dengan logam tulen.

Hipotesis yang dibuat dapat diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

19 comments:

  1. Adakah kuprum juga akan cepat berkarat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Based on the result aloi lebih tahan karat so bahan tulen lebih cpt berkarat brbanding aloi. Kuprum tu bahan tulen so cpt brkarat.

      Delete
  2. pada akhir eksperimen paku besi dan paku keluli nikarat akan berkarat ?

    ReplyDelete
  3. Paku keluli nikarat tu paku apa ye dalam bahasa pasar?

    ReplyDelete
  4. Kenapa paku besi lebih cepat berkarat berbanding paku keluli nikarat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cause paku besi adalah logam tulen and dia bersifat tidak tahan kakisan

      Delete
  5. Apakah inferens bagi ekseprimen ini?

    ReplyDelete
  6. Mcm mna susunan atom di dalam kedua2 paku tu ya??

    ReplyDelete
  7. sekiranya air suling ditukar kepada air garam apa yang akan terjadi pada paku besi dan paku keluli...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Still akan berkarat tapi mengambil masa

      Delete
  8. apa inferens bagi eksperimen ni?

    ReplyDelete
  9. Nyatakan Hipotesis Bagi eksperimen ini?

    ReplyDelete
  10. apa penjadualan data bagi eksperimen ini?

    ReplyDelete
  11. Apa yang akan berlaku pada paku keluli selepas seminggu

    ReplyDelete
  12. mengapakah keluli nirkarat tidak berkarat selepas rendam didalam larutan garam

    ReplyDelete
  13. Apa akan jadi jika paku keluli dibiarkan selama satu minggu di dalam larutan natrium klorida?

    ReplyDelete
  14. Apakah kesan lain terhadap pengaratan paku apabila lapisan minyak dimasukkan dalam ke dua-dua tabung uji?

    ReplyDelete