Tuesday, 4 August 2015

Aktiviti Makmal 8.2.1: Penyediaan Baja Ammonium Sulfat

Aktiviti Makmal 8.2.1:
Penyediaan Baja Ammonium Sulfat
Tujuan: Menyediakan baja ammonium sulfat
Bahan:
» Kertas litmus merah
» Larutan ammonia 2mol dm-3
» Asid sulfurik cair 1mol dm-3
» Air suling
» Kertas turas

Radas:
» Bikar 100cm3
» Rod kaca
» Tungku kaki tiga
» Penunu Bunsen
» Kasa dawai
» Corong turas
» Silinder penyukat
» Mangkuk penyejat

Prosedur:

1. 25cm3 asid sulfurik disukat dengan silinder penyukat. Asid ini dituang ke dalam bikar 100cm3.
2. Larutan ammonia dititis setitik demi setitik ke dalam bikar itu sementara larutan dikacau dengan rod kaca.
3. Larutan yang terhasil diuji dengan kertas litmus merah dari semasa ke semasa. Penitisan larutan ammonia dihentikan sekiranya kertas litmus bertukar kepada biru (atau semasa larutan mengeluarkan bau ammonia).
4. Kemudian, larutan dituang ke dalam mangkuk penyejat.
5. Larutan dididihkan sehingga tepu.
6. Larutan tepu disejukkan pada suhu bilik. Hablur-hablur putih ammonium sulfat akan terbentuk.
7. Hablur-hablur garam itu dituras dan dibilas dengan air suling yang sejuk.
8. Hablur-hablur yang terbentuk dikeringkan dengan kertas turas.
Analisis:

Larutan ammonia adalah berlebihan ketika kertas litmus merah mula bertukar warna.

Larutan tepu perlu disejukkan pada suhu bilik supaya penghabluran dapat berlaku.

Hablur-hablur garam dibilas dengan sedikit air suling yang sejuk untuk menyingkirkan bendasing seperti larutan ammonia.

Kesimpulan:

Baja ammonium sulfat dapat disediakan melalui tindak balas antara larutan ammonia dengan asid sulfurik cair, dan kemudiannya melalui penghabluran.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment