8.3 Kesan Pembuangan Sisa Industri Terhadap Alam Sekitar
Kesan Pembuangan Bahan Sisa dan Cara Pengawalannya
■ Pencemaran alam sekitar
►
Berpunca daripada aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab.
►
Bahan sisa industri mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar, dan seterusnya mempengaruhi kemandirian hidupan dan ekosistem alam semula jadi.
■ Bahan pencemar
►
Merupakan bahan merbahaya yang boleh menjejaskan alam sekitar.
►
Boleh memasuki tubuh manusia melalui udara yang disedut, air yang diminum dan makanan yang dimakan.
Punca Pencemaran, Kesan Pencemaran dan Cara Pengawalannya
■ Pembakaran bahan api seperti petroleum, gas asli dan arang.
Bahan pencemar utama
Kesan pencemaran
Cara pengawalan pencemaran
Jelaga dan debu
Mengaburi pandangan Menjejaskan sistem respirasi Menutupi stoma tumbuhan dan mengganggu proses fotosintesis
Memasang pemendak elektrostatik pada cerobong untuk menyingkirkan bahan pencemar daripada asap sebelum melepaskannya ke udara
Karbon dioksida
Menyebabkan kesan rumah hijau
Menanam tunbuhan hijau yang banyak untuk menyingkirkan karbon dioksida daripada udara
Karbon monoksida
Mengurangkan kebolehan darah untuk mengangkut oksigen dalam badan
Memasang alat seperti pengubah mangkin yang dapat menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida
Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida
Larut dalam air hujan untuk membentuk hujan asid
Melarutkan gas-gas berasid dengan sistem pembersih udara sebelum melepaskannya ke udara
■ Bahan toksik dari industri kimia
Bahan pencemar utama
Kesan pencemaran
Cara pengawalan pencemaran
Asid dan alkali
Mengubah nilai pH air dan tanah
Sisa toksik disimpan dalam kolam pengoksidaan untuk proses biologi dan kimia
Sebatian nitrat dan fosfat
Meningkatkan kandungan mineral dalam air sungai, tasik atau kolam, yang mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik
Logam yang bertoksik
Plumbum dan merkuri meracuni otak dan sistem saraf Nikel menyebabkan kanser peparu Arsenik dan kadmium meracuni peparu dan ginjal
■ Industri yang menggunakan bahan radioaktif
Bahan pencemar utama
Kesan pencemaran
Cara pengawalan pencemaran
Sisa bahan radioaktif
Menyebabkan kanser, kemandulan, kecacatan terus dan kematian dalam keadaan yang teruk
Menyimpan sisa bahan radioaktif di dalam bekas plumbum atau konkrit tebal dan mengikut prosedur pelupusan yang ditetapkan.
■ Industri pertanian
Bahan pencemar utama
Kesan pencemaran
Cara pengawalan pencemaran
Sisa kelapa sawit
Sisa yang dibakar akan mencemarkan udara Sisa organik direputkan oleh bakteria dan hal ini mengurangkan kandungan oksigen di dalam air
Sisa kelapa sawit diproses untuk menjadi makanan ternakan atau bahan api
Sisa getah
Menyebabkan pencemaran air Sisa yang mereput menghasilkan gas yang sangat busuk Sisa kimia menjadikan air tidak sesuai untuk hidupan akuatik
Bahan sisa getah digunakan semula untuk membuat kasut dan selipar
■ Hujan asid
►
Animasi dibawah menunjukkan bagaimana hujan asid terbentuk.
►
Kesan hujan asid
◉
Meningkatkan keasidan ekosistem akuatik dengan menghapuskan serangga dan beberapa spesies ikan
◉
Logam yang terlarut (seperti merkuri dan kadmium) dalam tanah akan mencemarkan kualiti air.
◉
Merendahkan kualiti tanah dan menjadikannya tidak sesuai untuk pertanian.
◉
Mengakis dan menghakis beberapa bahan bangunan / monumen sejarah / arca
■ Kesan rumah hijau
►
Animasi dibawah menunjukkan kesan rumah hijau.
►
Kesan rumah hijau
◉
Menyebabkan pemanasan global - Pemanasan global adalah ancaman sebenar kepada alam sekitar. Ini boleh menyebabkan kepupusan spesies, dan meningkatkan paras air laut.
■ Video ini menunjukkan kesan hujan asid dan pemanasan global
✍ Contoh latihan 8.3(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a)
__________Pencemaran alam sekitar adalah disebabkan oleh pelepasan bahan berbahaya daripada aktiviti manusia.
(b)
Bahan pencemaran daripada sisa industri boleh memasuki ke dalam badan manusia melalui __________rantai makanan.
(c)
Gas berasid yang dibebaskan oleh industri memasuki ke dalam badan manusia melalui__________sistem respirasi.
(d)
Kesan rumah hijau yang memerangkap suhu panas di atmosfera Bumi akan menyebabkan __________pemanasan global.
(e)
__________Hujan asid merendahkan nilai pH air dan tanah.
thankyou so muchhhhhhhhhh muahhhhh
ReplyDeletemuah jugekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
ReplyDeleteuish apa main muahmuah ni ahahhaa
ReplyDeleteThanks
ReplyDelete