8.2 Kegunaan dan Penghasilan Ammonia dalam Industri
Molekul Ammonia dan Sifatnya.
■ Molekul ammonia
►
Terdiri daripada satu atom nitrogen dan tiga atom hidrogen.
■ Ciri-ciri ammonia:
►
Gas yang beralkali
►
Tidak berwarna
►
Berbau sengit
►
Larut dalam air
Kegunaan Ammonia dan Sebatiannya dalam Kehidupan Harian
Kegunaan
Penerangan
Membuat baja ammonia
Larutan ammonia bersifat alkali. Apabila larutan ammonia bertindak balas dengan asid, maka baja ammonia terhasil.
Membuat asid nitrik
Asid nitrik yang diperoleh itu digunakan untuk membuat baja, bahan letupan dan sebagainya.
Membuat pewarna
Pewarna digunakan dalam industri kain dan kertas.
Membuat agen pencuci
Apabila larutan ammonia bertindak balas dengan minyak tumbuhan, agen pencuci terhasil.
Membuat bahan letupan
Asid nitrik dihasilkan daripada ammonia. Apabila asid nitrik bertindak balas dengan toluena, bahan letupan terhasil.
Sebagai agen penyejuk
Digunakan untuk membuat agen penyejuk dalam peti sejuk dan alat hawa dingin.
Mencegah penggumpalan lateks
Ammonia dapat meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam lateks dan mencegah lateks daripada menggumpal.
Penghasilan ammonia dalam industri
■ Penghasilan ammonia
►
Ammonia dihasilkan di kilang secara besar-besaran melalui proses Haber dengan menggunakan nitrogen dan hidrogen.
■ Animasi dibawah menunjukkan penghasilan ammonia melalui proses Haber.
■ Faktor - faktor yang mempengaruhi penghasilan ammonia.
►
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi penghasilan ammonia secara optimum :
◉
suhu
◉
tekanan
◉
mangkin
►
Tindak balas antara gas nitrogen dengan gas hidrogen merupakan tindak balas eksotermik.
►
Suhu optimum ialah 450℃ - 500℃. Jika suhu yang terlalu rendah akan menyebabkan kadar tindak balas menurun.
►
Penghasilan ammonia meningkat pada tekanan yang tinggi. Tekanan yang terlalu tinggi akan menimbulkan masalah teknikal kepada peralatan atau mesin yang digunakan. Oleh itu, tekanan 200-500 atmosfera digunakan.
►
Serbuk besi digunakan sebagai mangkin untuk meningkatkan kadar tindak balas. Namun demikian, mangkin tidak mempengaruhi peratus ammonia yang dihasilkan.
■ Video ini menunjukkan kegunaan ammonia dan penghasilan ammonia melalui proses Haber.
Penghasilan Baja Garam Ammonia dalam Industri
■ Baja ammonia ialah baja bernitrogen yang dapat membekalkan unsur nitrogen kepada haiwan dan tumbuhan untuk pembentukan protein.
■ Baja ammonia dapat disediakan mengikut langkah-langkah yang berikut:
Langkah 1:
Larutan ammonia + asid → garam ammonium
Langkah 2:
Garam ammonium disejatkan untuk mendapatkan larutan tepu garam ammonium
Langkah 3:
Larutan tepu garam ammonium disejukkan dan dihablurkan untuk mendapatkan baja ammonia
Pembuatan Baja Urea dalam Industri
■ Baja urea merupakan baja yang mengandungi peratus nitrogen yang lebih tinggi berbanding dengan baja ammonia.
■ Baja urea dapat disediakan dengan memanaskan campuran cecair ammonia dan cecair karbon dioksida pada suhu 200℃ dan tekanan 200 atmosfera.
►
Kedua-dua bahan tersebut bertindak balas pada keadaan suhu dan tekanan yang tinggi untuk membentuk garam ammonium karbamat.
►
Garam ini kemudiannya terurai pada tekanan yang lebih rendah untuk menghasilkan urea dan air.
✍ Contoh latihan 8.2(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a)
Antara kegunaan __________ammonia adalah untuk menghasilkan baja, asid nitrik, pewarna dan membuat agen pencuci.
(b)
Ammonia dihasilkan di kilang secara besar-besaran melalui __________proses Haber dengan menggunakan nitrogen dan hidrogen.
(c)
Nitrogen dan hidrogen yang digunakan untuk penghasilan ammonia adalah dalam nisbah __________1:3 mengikut isipadu.
(d)
__________Serbuk besi digunakan sebagai mangkin untuk meningkatkan kadar tindak balas dalam penghasilan ammonia.
(e)
__________Urea merupakan baja yang mengandungi peratus nitrogen yang lebih tinggi berbanding dengan baja ammonia.
Thank you very much,this is much useful!
ReplyDeleteCg apakh faktor yg mengoptimumkan penghadilan ammonia
ReplyDeleteCg apakh faktor yg mengoptimumkan penghadilan ammonia
ReplyDeleteapakah sumber utama gas nitrogen yg digunakan dlm t/balas ni?
ReplyDeleteThank you very useful notes..
ReplyDeletethank you so much.those notes is really helpful
ReplyDeletetq
ReplyDeleteThankyou
ReplyDelete