|
Aktiviti Makmal 7.1.2: Ciri-ciri Imej oleh Kanta Cembung dan Cekung
|
Tujuan: Memahami ciri-ciri imej objek jauh yang dibentuk oleh kanta cembung dan cekung.
Radas:
» Kanta cembung
» Kanta cekung
» Pemegang kanta
» Skrin
|
|
Prosedur:
|
► |
1. |
Tetapkan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. |
2. |
Laraskan skrin sehingga imej yang tajam terbentuk di atasnya dan pemerhatian ke atas ciri-ciri imej direkodkan. |
3. |
Ulang eksperimen dengan menggunakan kanta cekung. |
|
Pemerhatian:
|
Ciri-ciri imej |
Kanta cembung |
Kanta cekung |
Imej pada skrin |
Ya |
Tiada |
Saiz imej berbanding objek |
Mengecil |
Mengecil |
Tegak atau songsang |
Songsang |
Tegak |
|
Analisis:
|
► |
Pemerhatian pada skrin menunjukkan imej yang dibentuk oleh kanta cembung adalah benar. |
|
► |
Imej tidak terbentuk pada skrin, oleh itu imej yang dibentuk oleh kanta cekung adalah maya. |
Kesimpulan:
|
► |
Imej objek jauh yang dibentuk oleh kanta cembung adalah benar, kecil dan terbalik. |
|
► |
Imej objek jauh yang dibentuk oleh kanta cekung adalah maya, kecil dan tegak. |
⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. |
|
|
No comments:
Post a Comment