Wednesday 5 August 2015

8.4 Keperluan untuk Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar daripada Pencemaran oleh Bahan Sisa Industri

Kesan Buruk Pencemaran yang Disebabkan oleh Pembuangan Bahan Sisa Industri Secara Tidak Bertanggungjawab
■ Kesihatan manusia

Alam sekitar yang tercemar menjejaskan kesihatan manusia.

Sebagai contohnya, jelaga dan debu akan menjejaskan sistem respirasi, manakala sinaran radioaktif menyebabkan penyakit kanser.
■ Pemusnahan habitat hidupan dan kepupusan spesies flora dan fauna

Pemusnahan habitat hidupan akibat pencemaran menyebabkan kepupusan spesies haiwan dan tumbuhan.

Kepupusan spesies tersebut bermakna generasi yang akan datang hanya mengenali tumbuhan atau haiwan tertentu melalui gambar foto.

Pemusnahan tumbuhan yang berleluasa mengurangkan kandungan oksigen dalam udara.
■ Kehilangan sumber ekonomi

Hujan asid menjadikan tanah tidak sesuai untuk pertanian.

Pencemaran air menyebabkan kematian haiwan akuatik dan tumbuhan akuatik. Hal ini mengurangkan pendapatan sesetengah orang.
Kepentingan untuk Mempraktikkan Cara Pembuangan Bahan Sisa Industri Secara Bertanggungjawab
■ Pemeliharaan

Merujuk kepada usaha untuk mengekalkan alam sekitar dalam keadaan baik.
■ Pemuliharaan

Merujuk kepada pengurusan alam sekitar untuk mengelakkan kerosakan kepada alam sekitar.
■ Kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Mengekalkan keindahan alam sekitar.

Memelihara kepelbagaian hidupan.

Alam sekitar yang bersih membolehkan aktiviti rekreasi dapat dijalankan.

Mencegah kepupusan sebarang spesies tumbuhan dan haiwan di Bumi.
■ Cara-cara mengawal pencemaran sisa industri:

Kesedaran tentang masalah alam sekitar.

Penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan pelupusan sisa industri.

Kerjasama antarabangsa mengenai isu alam sekitar.

Rawatan sisa perindustrian.

Contoh latihan 8.4(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Bahan pencemaran yang dibebaskan oleh sisa industri boleh memasuki badan manusia melalui sistem respiratori.
Hujan asid menyebabkan tanah menjadi lebih subur.
Kesan rumah hijau memerangkap lebih baha haba di dalam atmosfera yang menjurus kepada pemanasan global.
Klorofluorokarbon (CFCs) yang bertindak sebagai agen penyejuk di dalam peti sejuk merupakan antara sebab kesan rumah hijau.
Pemuliharaan alam sekitar merujuk kepada pengurusan yang berterusan bagi menjana pendapatan.

Contoh latihan 8.4(b)
Pilih bahan pencemaran yang tepat untuk kesan pencemaran yang berikut:
Radiasi radioaktif Sulfur dioksida Karbon dioksida Baja tiruan

Kesan pencemaran Bahan pencemar
Lukemia Radiasi radioaktif
Hujan asid Sulfur dioksida
Kesan rumah hijau Karbon dioksida
Eutrofikasi - pertumbuhan pesat alga yang mengurangkan kandungan oksigen dalam air dan menyebabkan kematian hidupan akuatik. Baja tiruan


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment