Monday 31 August 2015

1.5 Pencegahan Jangkitan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma

Pencegahan Jangkitan Penyakit
■ Cara-cara yang boleh digunakan untuk mencegah jangkitan termasuk

Kawalan vektor

Penstrilan dan Disinfektan

Keimunan

Kawalan Vektor
■ Lalat dan nyamuk ialah vektor bagi pelbagai jenis penyakit yang berbeza.
■ Penyakit yang mungkin dijangkiti melalui lalat ialah tifoid, kolera, disentri, keracunan makanan, poliomeilitis.
■ Nyamuk membawa patogen seperti protozoa malaria atau virus demam denggi.
■ Kawalan nyamuk

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dengan
membersihkan kawasan takungan air
menanam bekas atau botol yang menakung air
mengubah air sungai yang mengalir perlahan kepada air sungai yang mengalir deras

Membunuh larva dan pupa dengan
menyemburkan minyak atau racun serangga pada permukaan air untuk melemas atau meracunkan larva atau pupa
memelihara ikan gapi atau ikan pelaga dalam air supaya ikan itu makan larva dan pupa

Membunuh nyamuk dewasa (peringkat imago)
menghidupkan lampu pada waktu malam dan selalu membersihkan tempat di mana nyamuk bersembunyi
menyembur racun serangga di dalam rumah atau kawasan yang ada wabak demam denggi
menyapu ubat pencegah nyamuk pada kulit badan
memasang kasa dawai pada tingkap untuk menghalang nyamuk daripada masuk ke dalam rumah
memasang kelambu semasa tidur
■ Kawalan lalat

Menghapuskan tempat pembiakan lalat dengan
menanam sisa makanan atau membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah yang ada penutup.
menggunakan sistem rawatan kumbahan yang sempurna.

Membunuh larva dengan
menyembur racun serangga dan membakar tempat pembiakan lalat.
menutup tempat pembiakan lalat dengan tanah supaya kepanasan dalam tanah yang berlaku akibat pereputan kompos akan membunuh larva.

Membunuh pupa dengan
menyembur racun serangga dan membakar tempat pembiakan lalat.

Menghapuskan tempat makanan lalat dengan
menutup makanan dengan tudung saji.
selalu mencuci rumah dan kawasan sekelilingnya, terutamanya tandas.
membunuh lalat dengan racun serangga, kertas pelekat dan perangkap lalat.
Pensterilan dan Disinfektan
■ Penstrerilan ialah proses membunuh atau memusnahkan semua mikroorganisma.
■ Rajah dibawah menunjukkan teknik-teknik pensterilan.
■ Jadual dibawah menerangkan teknik pensterilan yang digunakan untuk membunuh mikroorganisma.

Teknik pensterilan Penerangan
Haba Ketuhar menggunakan haba untuk mensterilkan pelbagai radas makmal seperti barangan kaca dan logam.
Mendidih radas dalam air selama 20 minit boleh membunuh semua mikroorganisma kecuali spora.
Autoklaf mensterilkan radas dengan menggunakan stim tepu (atau haba lembap) di bawah tekanan tinggi (suhu mencapai 130℃). Cara ini boleh membunuh semua mirkoorganisma termasuk spora.
Bahan kimia Antiseptik digunakan untuk menghapuskan kebanyakkan mirob yang terdapat pada kulit. Kulit tidak boleh disteril menggunakan disinfektan, pembakaran atau pendidihan. Dengan membasuh kulit dengan antiseptik, bilangan mikroorganisma pada kulit akan dikurangkan dan ini boleh mengurangkan risiko untuk dijangkiti penyakit melalui sentuhan.
Disinfektan digunakan untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria. Disinfektan boleh memusnahkan tisu badan.
Sinaran Sinar gamma digunakan untuk mensteril kebanyakan radas kecil seperti jarum, picagari dan sarung tangan di hospital.
Sinar ultra ungu tidak berkesan untuk pensterilan alat tetapi sangat penting untuk mencegah pertumbuhan bakteria dalam alat-alat kompleks di hospital. Sebilangan bakteria menjadi tidak aktif di bawah sinar ultra ungu.

Keimunan
■ Imuniti adalah keupayaan badan untuk melawan penyakit yang disebabkan oleh patogen.
■ Imunisasi adalah tindak balas biokimia yang membolehkan badan untuk membina imuniti terhadap penyakit.
■ Vaksinasi adalah cara yang paling biasa digunakan dalam proses imunisasi.

Vaksinasi adalah proses menyuntik patogen (vaksin) lemah atau mati ke dalam badan untuk merangsang badan untuk menghasilkan antibodi tertentu.

Vaksin adalah bahan yang mengandungi lemah atau mati patogen

Patogen yang masuk ke dalam badan boleh merangsang sel darah putih untuk menghasilkan antibodi atau antitoksin untuk membunuh patogen.

Protein asing seperti mikrob dan patogen dalam darah dipanggil antigen, yang boleh merangsang sel-sel badan untuk menghasilkan antibodi dan antitoksin tertentu.
■ Terdapat dua jenis immuniti, iaitu:

Keimunan aktif
Keimunan aktif semula jadi - Diperolehi apabila seseorang yang telah sembuh dari penyakit tertentu seperti demam campak. Badannya mempunyai antibodi untuk melawan penyakit ini.
Keimunan aktif buatan - Diberikan kepada orang yang sihat yang belum dijangkiti penyakit tertentu. Sebagai contoh, vaksin BCG untuk batuk kering dan vaksin Salk untuk polio
Ada kalanya, lebih daripada satu suntikan diperlukan untuk merangsang badan untuk menghasilkan antibodi pada tahap yang berkesan. Sebagai contoh, vaksin untuk Hepatitis B perlu disuntik tiga kali. Suntikan vaksin tambahan ini dipanggil dos penggalak.

Keimunan pasif
Antiserum adalah sejenis plasma darah yang mengandungi antibodi dan antitoksin yang boleh melawan penyakit tertentu seperti tetanus, difteria dan penyakit anjing gila.
Walau bagaimanapun, imuniti pasif tidak kekal buat masa yang lama. Ia hanya berfungsi untuk penyakit yang serius apabila tindak balas pantas diperlukan.
■ Perbandingan antara keimunan yang berlainan jenis

Jenis Keimunan Cara untuk mendapat keimunan Tempoh keimunan yang berkesan
Aktif semula jadi Pesakit mendapat keimunan untuk menentang sesuatu penyakit selepas pulih daripada penyakit itu. Beberapa tahun atau sepanjang hayat.
Aktif buatan Vaksin yang mengandungi antigen disuntik kepada orang yang sihat untuk merangsang penghasilan antibodi terhadap antigen. Memerlukan suntikan kedua atau kekal untuk beberapa tahun atau sepanjang hayat.
Pasif semula jadi Antibodi disalurkan daripada ibu yang mengandung kepada fetus melalui darah. Hanya dalam tempoh singkat selepas dilahirkan.
Pasif buatan Antibodi yang boleh menentang sesuatu patogen disuntik kepada orang yang sihat untuk mendapat perlindungan daripada serangan penyakit ini. Untuk sementara sahaja. Memerlikan dos antibodi kedua.
■ Kepentingan keimunan

Keimunan boleh menghindari jangkitan sesuatu penyakit.

Vaksin bukan sahaja berfaedah kepada individu yang menerima suntikan vaksin tersebut, malah kepada orang ramai kerana penyakit tersebut tidak merebak.

Contoh latihan 1.5(a)
Nyatakan jenis keimunan berdasarkan pada kenyataan yang diberikan.
Kenyataan Jenis keimunan
Antibodi diperolehi apabila pesakit pulih daripada penyakit. Keimunan aktif semula jadi
Anitbodi diperolehi melalui vaksin. Keimunan aktif buatan
Antibodi disalurkan daripada ibu mengadung kepada fetus. Keimunan pasif semula jadi
Antiserum yang mengandungi antibodi disuntuk kedalam tubuh. Keimunan pasif buatan


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments: