Wednesday 12 August 2015

Aktiviti Makmal 5.3.3: Tindak Balas Logam dengan Oksigen


Aktiviti Makmal 5.3.3:
Tindak Balas Logam dengan Oksigen
Tujuan: Mengkaji tindak balas logam dengan oksigen
Penyata Masalah: Adakah logam yang berlainan bertindak balas secara berbeza dengan oksigen?
Hipotesis:Logam yang berlainan bertindak balas secara berbeza dengan oksigen.
Pemboleh ubah:
» yang dimalarkan : Kuantiti logam
» yang dimanipulasikan : Jenis logam
» yang bergerak balas : Kecergasan tindak balas logam

Bahan:
» Serbuk magnesium
» Serbuk aluminium
» Serbuk zink
» Serbuk kuprum
» Hablur kalium manganat(VII)

Radas:
» Kapas kaca
» Tabung didih
» Kertas asbestos
» Spatula
» Kaki retort
» Penunu Bunsen
» Penyepit

Prosedur:

1. Radas disediakan seperti dalam rajah di atas.
2. Serbuk magnesium dipanaskan dengan kuat terlebih dahulu diikuti dengan hablur kalium manganat(VIII)
3. Pemerhatian tentang kecerahan nyalaan yang terhasil dicatat.
4. Eksperimen diulang dengan menggunakan serbuk aluminium, serbuk zink, dan serbuk kuprum.
Pemerhatian:


Logam Pemerhatian
Magensium Terbakar dengan api putih berkilauan yang terang dan cepat
Aluminium Nyalaan sangat terang merebak dengan cepat
Zink Nyalaan terang merebak secara perlahan
Kuprum Baraan malap

Analisis:

Hablur kalium manganat(VIII) dipanaskan untuk membekalkan oksigen untuk logam bertindak balas.

Magnesium bertindak balas sangat cergas dengan oksigen sementara kuprum tidak bertindak balas dengan oksigen.

Tindak balas logam boleh diwakili oleh persamaan berikut:
Magnesium + oksigen → magnesium oksida
Aluminium + oksigen → aluminium oksida
Zink + oksigen → zink oksida
Kuprum + oksigen → kuprum oksida

Kapas kaca diletakkan untuk menghalang kalium manganat(VII) daripada bercampur dengan serbuk logam apabila dipanaskan.

Conclusion:

Kereaktifan logam dengan oksifen berbeza-beza, dan urutan kereaktifan logam secara menurun ialah: magnesium, aluminium, zink dan kuprum.

Hipotesis eksperimen dibuktikan benar.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

39 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kenapa serbuk logam dipanaskan sebelum kalium manganat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk mengurangkan daya tarikan antara zarah zarah supaya mudah bertindak balas dengan elemen lain

      Delete
    2. Jika kalium manganat yang dipanaskan terlebih dahulu maka gas oksigen akan terbebas keluar daripada tabung didih tanpa bertindak balas dengan serbuk logam. Jadi, kita harus panaskan serbuk logam terlebih dahulu supaya apabila kalium manganat dipanaskan, serbuk logam sudah bersedia untuk bertindak balas dengan kalium manganat.

      Delete
    3. Maafkan saya, saya perbetulkan ayat saya. Bukan "serbuk logam sudah bersedia untuk bertindak balas dengan kalium manganat" tetapi "serbuk logam sudah bersedia untuk bertindak balas dengan gas oksigen."

      Delete
    4. Mengurangkan daya tarikan antara zahrah supya mudah brtindak dgn bahan lain

      Delete
  4. Thank you...it was very useful for my report

    ReplyDelete
  5. Kalau persamaan digantikan dngn emas, ia jadi apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak jadi apa apa kerana emas hanya ada satu unsur dia tidak ada tindak balas

      Delete
  6. apakah fungsi kalium manganat

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih untuk maklumat,saya sangat berhargai dan ia juga membantu kerja rumah saya

    ReplyDelete
  8. Apakah satu bahan yang boleh menggantikan kalium manganat(vii) dalam tindak balas

    ReplyDelete
  9. Apakah persamaaan perkataan bagi tindak balas pemanasan logam magnesium?

    ReplyDelete
  10. Apakah hubung kait antara kecergasan tindak balas ?

    ReplyDelete
  11. Apakah bahan yang terhasil dalam aktiviti ini?

    ReplyDelete
  12. Nyatakan hubung kait kecergasan tindak balas dengan kereaktifan logam terhadap oksigen.

    ReplyDelete
  13. apakah tujuan memanaskan serbuk logam ??? beri penjelasan please

    ReplyDelete
  14. Mengapakah serbuk logam perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum serbuk kalium manganat (VII)??

    ReplyDelete
  15. Apa persamaan anatara plumbum dan oksigen??

    ReplyDelete
  16. This is useful for students.Nice work.

    ReplyDelete
  17. This is useful for students.Nice work.

    ReplyDelete
  18. Apakah bahan yang menghalang hablur kalium menganat (VII) daripada bercampur dengan serbuk logam?

    ReplyDelete
  19. Apakah kecergasan tindak balas yang dapat di nyatakan?

    ReplyDelete
  20. Apa nama tindak balas yg dialami oleh logam ni?

    ReplyDelete
  21. Mengapakah hablur kalium manganat (VII) perlu diasingkan daripada kogam ketika pemanasan logam?

    ReplyDelete
  22. Apakah yang akan berlaku sekiranya serbuk logam bercampur dengan kalium maganat (VII)

    ReplyDelete
  23. Alhamdullilah sangat bagus untuk form 5👌🏻🍞

    ReplyDelete
  24. Alhamdullilah sangat bagus untuk form 5

    ReplyDelete
  25. Apa yang terjadi jika kapas di lubang tabung uji dikeluarkan?
    Tolong comment please....

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah...Terima kasih untuk perkongsian ni,bermanfaat sangat

    ReplyDelete
  27. apa inferenss yang boleh dibuat tentang tindak balas antara serbuk magnesium dan gas oksigen ?

    ReplyDelete