Thursday 2 July 2015

Aktiviti Makmal 5.3.2: Tindak Balas Logam dengan Asid

Aktiviti Makmal 5.3.2:
Tindak Balas Logam dengan Asid Cair
Tujuan: Mengkaji tindak balas logam dengan asid cair
Penyata Masalah: Adakah logam yang berlainan bertindak balas secara berbeza dengan asid cair?
Hipotesis:Logam-logam yang berlainan bertindak balas dengan asid cair mengikut kecergasan yang berbeza.
Pemboleh ubah:
» yang dimalarkan : Isi padu dan kepekatan asid
» yang dimanipulasikan : Jenis logam
» yang bergerak balas : Kecergasan tindak balas logam

Bahan:
» Magnesium
» Aluminium
» Zink
» Kuprum
» Asid hidroklorik cair
» Air

Radas:
» Tabung uji
» Tabung didih
» Penyumbat getah
» Salur penghantar
» Takung kaca
» Penunu Bunsen
» Penyepit
» Kayu uji

Prosedur:

1. 5cm3 asid hidroklorik cair dimasukkan ke dalam tabung didih.
2. Pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik cair.
3. Gas yang terbebas dikumpulkan dalam tabung uji dan diuji dengan kayu uji bernyala.
4. Pemerhatian pada kecergasan tindak balas dan ujian gas dicatatkan.
5. Eksperimen diulang dengan menggunakan aluminium, zink, besi dan kuprum.
Pemerhatian:


Logam Tindak balas dengan asid Ujian kayu uji bernyala
Magensium Tindak balas sangat cergas dan gas tidak berwarna dibebaskan Bunyi 'pop' kedengaran
Aluminium Tindak balas sangat cergas tetapi kurang cergas daripada magnesium dan gas tidak berwarna dibebaskan Bunyi 'pop' kedengaran
Zink Tindak balas cergas dan gas tidak berwarna dibebaskan Bunyi 'pop' kedengaran
Kuprum Tiada perubahan dan tiada gas dibebaskan Tiada bunyi kedengaran

Analisis:

Magnesium bertindak balas sangat cergas dengan asid cair untuk membebaskan hidrogen sementara kuprum tidak menunjukkan sebarang tindak balas dengan asid cair.

Tindak balas logam boleh diwakili oleh persamaan berikut:
Magnesium + asid hidroklorik cair → magnesium korida + hidrogen
Aluminium + asid hidroklorik cair → aluminium korida + hidrogen
Zink + asid hidroklorik cair → zink korida + hidrogen

Conclusion:

Kereaktifan logam dengan asid cair berbeza-beza, dan urutan kereaktifan logam secara menurun ialah: magnesium, aluminium, zink dan kuprum.

Hipotesis eksperimen dibuktikan benar.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

11 comments: