Tuesday, 7 July 2015

6.2 Penghasilan Tenaga Nuklear

Penghasilan Tenaga Nuklear Melalui Proses Pembelahan Nukleus
■ Proses pembelahan nukleus

Proses penghentaman nukleus atom tidak stabil (seperti uranium-235) dengan neutron bertenaga tinggi.

Nukleus yang tidak stabil ini dipecahkan kepada dua nukleus lain yang lebih ringan dengan membebaskan neutron-neutron dan tenaga nuklear.

Animasi dibawah menunjukkan proses pembelahan nukleus.
■ Pembelahan nuklear uranium untuk menghasilkan tenaga nuklear:

Nukleus menjadi tidak stabil dan berpecah kepada dua nukleus ringan dengan pengeluaran dua atau tiga neutron dan sejumlah besar tenaga haba dan tenaga cahaya.

Proses ini berterusan dan jumlah tenaga yang sangat besar dihasilkan dalam masa yang singkat, yang dikenali sebagai tenaga nuklear.

Kebanyakan sinaran radioaktif yang dibebaskan adalah sinar gamma.

Pembelahan nuklear dijalankan di dalam reaktor nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Penghasilan Tenaga Nuklear Melalui Proses Pelakuran Nukleus
■ Proses pelakuran nukleus

Penggabungan dua nukleus kecil untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat dan stabil dengan membebaskan tenaga haba dan tenaga cahaya.

Animasi dibawah menunjukkan proses pelakuran nukleus
■ Penghasilan tenaga nuklear melalui proses pelakuran nukleus

Tidak seperti pembelahan nuklear, tenaga yang dihasilkan oleh pelakuran nuklear adalah selamat dan tiada sinaran radioaktif dihasilkan.

Pelakuran nuklear memerlukan suhu yang tinggi untuk menyediakan tenaga kinetik yang mencukupi untuk nukleus bagi membolehkan mereka berlanggar dan bergabung.

Walau bagaimanapun, penyelidik masih mencari cara untuk menjalankan proses pelakuran untuk pengeluaran reaktor bagi menghasilkan tenaga elektrik.

Tindak balas proses pelakuran disertai oleh jisim yang lebih besar untuk penukaran tenaga dari tindak balas pembelahan.
■ Dalam video ini anda akan belajar tentang pembelahan nuklear dan fusion. Apakah perbezaan dan bagaimanakah reaksi berantai berlaku?
Penjanaan Tenaga Elektrik Daripada Tenaga Nuklear
■ Kegunaan tenaga nuklear

Tenaga nuklear digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dalam reaktor nuklear di stesen janakuasa nuklear.

Tenaga yang dibebaskan dari pembelahan nuklear adalah lebih besar daripada tenaga kimia yang dibebaskan apabila membakar bahan api.
■ Menjana elektrik daripada tenaga nuklear

Tenaga nuklear dihasilkan dalam reaktor nuklear melalui pembelahan nukleus atom uraniom-235

Tenaga haba mendidihkan air untuk menghasilkan stim

Stim di bawah tekanan tinggi memutarkan turbin

Dinamo dalam penjana elektrik diputarkan untuk menghasilkan tenaga elektrik

Tenaga nuklear → tenaga haba → tenaga kinetik → tenaga elektrik
■ Video in menunjukkan penghasilkan tenaga elektrik dalam reaktor nuklear. (English)

Kesan penjanaan tenaga nuklear
■ Penjanaan tenaga nuklear:

Menjana tenaga elektrik untuk negara yang mengalami kekurangan sumber bahan api semula jadi.

Mendatangkan kebaikan jika tidak disalahgunakan

Walau bagaimanapun, kemalangan di reaktor nuklear akan mengakibatkan pencemaran radioaktif
■ Kemalangan di reaktor nuklear

Chernobyl, Ukraine - Letupan berlaku dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar

Three Mile Island, Amerika Syarikat - radiasi bocor dan menyebabkan pencemaran alam sekitar

Fukushima, Jepun - reaktor dilanda tsunami yang mengakibatkan tumpahan air di reaktor dan ke laut
■ Penyalahgunaan tenaga nuklear boleh mengakibatkan:

penciptaan senjata nuklear untuk tujuan peperangan.

Contoh senjata nuklear : bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki (1945) ketika perang dunia ke-2.
Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Tenaga Nuklear

Kebaikan Keburukan
Tidak membebaskan gas toksik ke atmosfera Menghasilkan sisa radioaktif yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Sumber yang rendah bagi penjanaan tenaga elektrik Pendedahan sinaran radioaktif
Sumber tenaga alternatif Senjata penciptaan nuklear untuk tujuan peperangan

Contoh latihan 6.2(a)
Kuiz interaktif. (English)

Contoh latihan 6.2(b)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
a) Tenaga nukelar boleh dihasilkan melalui __________pembelahan nukleus dan __________pelakuran nukleus.
b) Dalam pelakuran nuklear, dua nukleus kecil __________digabung untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat dan stabil dengan membebaskan tenaga yang besar.
c) Dalam pembelahan nukleus, nukleus yang tidak stabil __________dipecahkan kepada dua nukleus lain yang lebih ringan dengan membebaskan neutron-neutron dan tenaga nuklear.
d) Tenaga nuklear digunakan untuk menghasilkan __________tenaga elektrikdalam reaktor nuklear di stesen janakuasa nuklear.
e) Tenaga nuklear → __________tenaga haba__________tenaga kinetik__________tenaga elektrik


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment