Thursday 23 July 2015

Aktiviti Makmal 7.2.1: Kamera Lubang Jarum

Aktiviti Makmal 7.2.1:
Kamera Lubang Jarum

Tujuan: Mengkaji pembentukan imej dalam kamera lubang jarum
Radas:
» Kamera lubang jarum
» Mentol
» Kanta cembung
» Pin

Prosedur:

1. Radas disusun seperti yang ditunjukkan di atas. Kamera lubang jarum dihalakan ke arah mentol. Imej yang terbentuk diperhatikan.
2. Kamera lubang jarum dijauhkan dari mentol. Imej yang terbentuk diperhatikan.
3. Saiz lubang jarum dibesarkan dengan pin. Imej yang terbentuk diperhatikan.
4. Satu kanta cembung diletakkan di hadapan lubang jarum dan kotak skrin dilaraskan. Imej yang terbentuk diperhatikan.
Pemerhatian:

Situasi Saiz lubang jarum Pemerhatian
Objek diletakkan pada jarak tertentu Kecil Imej nyata dan songsang
Apabila kanta cembung diletakkan dihadapan lubang jarum Kecil Imej diperbesar, nyata dan songsang
Objek diletakkan rapat Besar Imej cerah tetapi kabur
Apabila kanta cembung diletakkan dihadapan lubang jarum Besar Imej jelas dan tajam

Analisis:

Imej yang terbentuk oleh kamera jarum pada jarak tertentu adalah nyata, songsang dan mengecil.

Apabila objek dijauhkan dari kamera lubang jarum, imej yang terbentuk adalah lebih kecil.

Apabila saiz lubang jarum dibesarkan, imej yang terbentuk adalah cerah tapi kabur.

Apabila kanta cembung diletakkan di hadapan lubang jarum, imej yang terbentuk adalah jelas dan tajam.

Kesimpulan:

Imej yang terbentuk oleh kamera lubang jarum adalah nyata dan songsang.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

5 comments: