Thursday, 30 July 2015

Aktiviti Makmal 7.6.1: Penampilan Objek Berwarna dalam Cahaya Putih dan Cahaya Berwarna

Aktiviti Makmal 7.6.1:
Penampilan Objek Berwarna dalam Cahaya Putih dan Cahaya Berwarna
Tujuan: Mengkaji penampilan objek-objek berwarna dalam cahaya putih dan cahaya berwarna.
Radas:
» Lampu suluh
» Skrin putih
» Penapis warna primer
» Penapis warna sekunder
» Kadbod berwarna

Prosedur:

1. Radas disediakan seperti yang ditunjukkan dalam rajah diatas.
2. Cahaya putih dari lampu suluh disinarkan pada kadbod merah, biru, hijau, sian, kuning dan magenta.
3. Pemerhatian tentang warna yang terbentuk dicatatkan.
4. Kemudian, penapis hijau diletakkan di kedudukan X untuk mengasilkan cahaya hijau. Cahaya hijau disinarkan pada kadbod biru seperti dalam langkah 2. Pemerhatian dicatat.
5. Langkah 4 diulang dengan menyinarkan cahaya berwarna yang berlainan pada kadbod berwarna seperti yang disenaraikan dalam jadual.
Pemerhatian:

Cahaya berwarna Kadbod berwarna Warna yang terbentuk pada skrin
Putih Merah Merah
Putih Biru Biru
Putih Hijau Hijau
Hijau Biru Hitam
Merah Hijau Hitam
Biru Merah Hitam
Hijau Sian Hijau
Hijau Kuning Hijau
Sian Magenta Biru
Merah Magenta Merah
Kuning Merah Merah
Biru Sian Biru
Magenta Biru Biru
Sian Kuning Hijau

Analisis:

Apabila suatu objek berwarna disinari cahaya putih atau cahaya berwarna, cahaya berwarna yang dipantulkan bergantung pada:
warna cahaya yang kena padanya
warna cahaya yang diserap
warna cahaya yang dipantulkan

Warna cahaya yang dipantulkan itu berdasarkan prinsip penolakan cahaya berwarna.

Kesimpulan:

Warna objek yang diperhatikan dalam cahaya putih dan cahaya berwarna bergantung pada warna cahaya yang dipantulkan oleh objek itu.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment