Thursday 2 July 2015

Aktiviti Makmal 5.3.4: Kedudukan Karbon dalam Siri Kereaktifan Logam


Aktiviti Makmal 5.3.4:
Kedudukan Karbon dalam Siri Kereaktifan Logam
Tujuan: Menkaji kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam
Penyata Masalah: Dimanakah kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam?
Hipotesis:Kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam adalah di antara aluminium dan zink.
Pemboleh ubah:
» yang dimalarkan : Kuantiti karbon dan oksida logam
» yang dimanipulasikan : Jenis oksida logam
» yang bergerak balas : Kereaktifan tindak balas

Bahan:
» Serbuk karbon
» Serbuk plumbum(II) oksida
» Serbuk aluminium oksida
» Serbuk zink oksida

Radas:
» Mangkuk pijar
» Penunu Bunsen
» Spatula
» Tungku kaki tiga
» Kertas asbestos
» Kasa dawai

Prosedur:


1. Serbuk karbon dan serbuk plumbum (II) oksida dimasukkan ke dalam mangkuk pijar dalam kuantiti yang sama dan dicampur bersama-sama.
2. Campuran itu dipanaskan dengan kuat. Pemanasan berhenti apabila campuran mula bersinar.
3. Pemerhatian dicatatkan sama ada terdapat baraan atau tidal.
4. Eksperimen diulang dengan menggunakan serbuk aluminium oksida dan serbuk zink oksida.
Pemerhatian:

Campuran Pemerhatian Kereaktifan karbon
Karbon + plumbum(II) oksida Campuran membara Karbon lebih reaktif daripada plumbum
Karbon + aluminium oksida Tiada perubahan Karbon kurang reaktif daripada aluminium
Karbon + zink oksida Campuran membara dengan perlahan-lahan Karbon lebih reaktif daripada zink

Analisis:

Plumbum(II) oksida dan zink oksida bertindak balas dengan karbon manakala aluminium tidak bertindak balas dengan karbon.

Tindak balas logam dengan oksigen boleh diwakili oleh persamaa kimia yang berikut:
Plumbum(II) oksida + karbon → plumbum + karbon dioksida
Zink oksida + karbon → zink + karbon dioksida

Oleh itu, kedudukan karbon berada diantara aluminium dan zink dalam siri kereaktifan logam.

Conclusion:

Karbon terletak di antara aluminium dan zink dalam siri kereaktifan logam.

Hipotesis eksperimen dibuktikan benar.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

28 comments:

  1. kenapa eksperimen ini dilakukan dalam mangkuk pijar dan bukan dalam tabung uji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana mangkuk pijar dapat menampung bahan yang dipanaskan pada suhu yang amat tinggi manakala tabung uji tidak

      Delete
  2. Apakah definisi secara operasi bagi pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini?

    ReplyDelete
  3. Thank you for your sharing this information. ^ U ^

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. this information is really usefull for me..cannot brain i can go with this fact..ytjt

    ReplyDelete
  6. Mengapakah tiada perubahan berlaku pada tindakbalas antara aluminium oksida dengan karbon ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. krn aluminium kurang reaktif terhadap karbon

      Delete
  7. mengapakah aluminium kurang reaktif daripada karbon.terangkan jawapan anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. krn kedudukan aluminiun dalam siri kereaktifan logam lebih bawah.

      Delete
    2. tapi bukan ke aluminium lebih reaktif drpd karbon ??? sbb siri kereaktifan aluminium bawah karbon?

      Delete
  8. Bagaimanakah kedudukan unsur karbon dalam siri kereaktifan logam dapat menentukan cara pengekstrakan logam daripada bijih timah atau sebatian ?

    ReplyDelete
  9. Aku ingin nak tahu pemerhatian campuran kuprum Dan ferum 😟

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam

      Delete
  11. thanks for your sharing.it's very helpful

    ReplyDelete
  12. kenapa campuran oksida logam dan karbon mesti dipanaskan?

    ReplyDelete
  13. Apakah pemerhatian tindak balas plumbum dengan karbon?

    ReplyDelete
  14. Apa yg jadi kalau aluminium oksida + karbon? Apa persamaan dia?

    ReplyDelete
  15. Kalau magnesium oksida dan karbon dipanaskan?

    ReplyDelete
  16. terangkan pemerhatian anda sekiranya serbuk magnesium digunakan dalam eksperimen ini

    ReplyDelete
  17. Adakah karbon lebih reaktif daripada kuprum dan plumbum? Berikan alasan anda.

    ReplyDelete
  18. mengapa sebahagian oksida logam tidak menunjukkan perubahan walaupun pemanasan telah dilakukan ?

    ReplyDelete
  19. Mengapakah campuran oksida logam dan karbon mesti dipanaskan?

    ReplyDelete
  20. adakah campuran serbuk plumbum[II] oksida dan zink oksida akan bertindak balas apabila dipanaskan ?berikan sebab

    ReplyDelete
  21. kenapa karbon dimasukkan ke dalam siri keraktifan logam sedangkan ianya bukan logam ?

    ReplyDelete