Tuesday 7 July 2015

6.1 Bahan Radioaktif

Bahan Radioaktif
■ Bahan radioaktif ialah unsur yang mempunyai nukleus yang tidak stabil.
■ Simbol bagi bahan radioaktif
■ Contoh-contoh bahan radioaktif ialah:

uranium-235 atau uranium-238

plutonium-239

radium

karbon-14

kobalt-60

iodin-131

fosforus-32

Pereputan Radioaktif
■ Pereputan radioaktif adalah perpecahan nukleus bahan radioaktif tidak stabil untuk membentuk pecahan kecil nukleus yang lebih stabil.
■ Semasa proses pereputan nukleus tidak stabil, sinaran radioaktif yang tidak kelihatan terbebeas daripada bahan radioaktif.
■ Terdapat tiga jenis sinaran radioaktif, iaitu:

Sinaran alfa (α)

Sinaran beta (β)

Sinaran gama (γ)
■ Proses pereputan radioaktif

Proses pereputan pertama yang ditemui ialah pereputan alfa, pereputan beta, pereputan gama.

Pereputan alfa berlaku apabila nukleus mengeluarkan partikel alfa (nukleus helium).

Pereputan beta berlaku apabila nukleus mengeluarkan elektron.

Tenaga nukleus aktif boleh dikeluarkan sebagai satu sinar gama dalam pereputan gama.

Proses pereputan berlaku secara rawak dan secara spontan, yang tidak boleh dikawal oleh mana-mana faktor luaran seperti tekanan atau suhu.
Sinaran radioaktif
■ Animasi di bawah menunjukkan tiga jenis radiasi yang boleh dibebaskan apabila nukleus tidak stabil mereput. (English)
■ Ciri-ciri sinaran radioaktif

Ciri-ciri Sinaran alfa Sinaran beta Sinaran gama
Jenis zarah Nukleus helium yang bercas positif (+) Elektron bertenaga tinggi yang bercas negatif (-) Gelombang elektromagnet yang bertenaga tinggi dan neutral dari segi elektrik
Kelajuan pergerakan Paling perlahan Laju Paling laju
Kuasa penembusan Sangat rendah Lebih tinggi Paling tinggi
Dapat dihalang oleh Sehelai kertas Sekeping aluminium Blok plumbum atau konkrit tebal
Pemesongan dalam medan elektrik Dipesong oleh plat negatif Dipesong oleh plat positif Tidak dipesong dalam medan elektrik
■ Animasi di bawah menunjukkan pesongan sinar radioaktif dalam medan elektrik. (English)
■ Animasi di bawah menunjukkan ciri-ciri penembusan radiasi. (English)

Kegunaan Bahan Radioaktif
■ Radioisotop

Isotop yang tidak stabil

Nukleus yang tidak stabil akan mengeluarkan sinaran berbahaya yang tidak kelihatan dan kehilangan sebahagian daripada tenaga mereka untuk menjadi lebih stabil.

Kestabilan nukleus bergantung pada nombor proton dan nuetron di dalam nukleus.

Atom nukleus yang tidak stabil akan mengalami proses pereputan dan memancarkan sinaran radioaktif.
■ Kegunaan bahan radioaktif
Bahan radioaktif Kegunaan
Kobalt-60 Sinaran gama digunakan untuk membunuh sel-sel kanser tanpa pembedahan (radioterapi)
Iodin-131 Disuntik ke dalam badan pesakit untuk mengesan kerosakan kelenjar tiroid dan ketumbuhan di otak
Karbon-14
Mengkaji lintasan karbon dalam proses fotosintesis pada tumbuhan hijau
Mengkaji usia artifak purba (pentarikhan karbon)
Natrium-24
Disuntik ke dalam badan untuk mengesan pembekuan darah dalam otak
Digunakan untuk mengesan kebocoran paip air bawah tanah
Sinaran gama
Mensteril makanan seperti buah-buahan dan bijirin dengan membunuh bakteria dan kulat dalam makanan
Mencegah ubi kentang, bawang putih, bawang besar dan halia daripada bercambah
Melambatkan buah seperti pisang, jambu batu dan mangga menjadi masak

Contoh latihan 6.1(a)
Kuiz interaktif. (English)


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment