Wednesday 12 August 2015

Aktiviti Makmal 5.3.1: Mengkaji Tindak Balas Logam dengan Air


Aktiviti Makmal 5.3.1:
Mengkaji Tindak Balas Logam dengan Air
Tujuan: Mengkaji kecergasan tindak balas logam-logam yang berlainan dengan air.
Penyata masalah: Adakah logam yang berlainan bertindak balas secara berbeza dengan air?
Hipotesis: Logam-logam yang berlainan bertindak balas dengan air dengan kecergasan yang berbeza.
Pemboleh ubah:
» yang dimalarkan : Isi padu air
» yang dimanipulasikan : Jenis logam
» yang bergerak balas : Kecergasan tindak balas

Bahan:
» Natrium
» Kalsium
» Magnesium
» Aluminium
» Zink
» Kuprum
» Air
» Kayu uji
» Kertas litmus merah
» Kertas turas
» Kertas pasir

Radas:
» Bikar
» Takung kaca
» Tabung uji
» Corong turas
» Penunu Bunsen
Prosedur:

A. Tindak balas natrium
1. Sebuah takung kaca diisi separuh penuh dengan air.
2. Secebis kecil natrium dipotong dan dimasukkan ke dalam takung kaca yang berisi air dengan menggunakan kertas pasir.
3. Apabila tindak balas selesai, air dalam takung kaca diuji dengan kertas litmus merah. Perubahan yang berlaku diperhatikan dan direkodkan.

B. Tindak balas kalsium
1. Secebis kalsium diletakkan ke dalam bikar yang mengandungi air.
2. Gas yang dibebaskan dikumpul di dalam tabung uji dan dijui dengan kayu uji bernyala.
3. Apabila tindak balas selesai, air dalam bikar diuji dengan kertas litmus merah. Perubahan yang berlaku diperhatikan dan direkodkan.

C. Tindak balas magnesium, aluminium, zink dan kuprum
1. Empat tabung uji diisi separuh dengan air dan dilabelkan.
2. Secebis kecil magensium, aluminium, zink dan kuprum dimasukkan ke dalam tabung uji masing-masing.
3. Semua tabung uji dipanaskan dengan cepat.
4. Apabila tindak balas selesai, air dalam tabung uji diuji dengan kertas litmus merah. Perubahan yang berlaku diperhatikan dan direkodkan.
Pemerhatian:

A. Tindak balas natrium

Natrium bergerak secara rawak dan cepat di permukaan air sambil mengeluarkan bunyi 'hisss'.
Kertas litmus merah bertukar menjadi biru.

B. Tindak balas kalsium

Gelembung-gelembung gas tidak berwarna dibebaskan.
Bunyi 'pop' kedengaran apabila gas dalam tabung uji diuji dengan kayu uji bernyala.
Kertas litmus merah bertukar menjadi biru.

C. Tindak balas magnesium, aluminium, zink dan kuprum

Magensium: Terdapat banyak gelembung-gelembung gas dihasilkan daripada tindak balas.
Aluminium: Sedikit gelembung-gelembung gas dihasilkan daripada tindak balas.
Zink: Satu atau dua gelembung gas dihasilkan daripada tindak balas.
Kuprum: Tiada perubahan
Analisis:

Natrium bertindak balas cepat dengan air untuk menghasilkan gas hidrogen dan larutan alkali manakala kuprum tidak bertindak balas dengan air.

Logam reaktif seperti natrium, kalium dan kalsium bertindak balas dengan air untuk membebaskan hidrogen dan membentuk larutan beralkali.
Natrium + air → natrium hidroksida + hidrogen
Kalium + air → kalium hidroksida + hidrogen
Kalsium + air → kalsium hidroksida + hidrogen

Tindak balas magnesium daengan air juga membebaskan gas hidrogen, tetapi ia kurang reaktif berbanding natrium dan kalsium.

Kereaktifan logam berbeza apabila mereka bertindak balas dengan air.

Kesimpulan:

Kereaktifan logam dengan air adalah berbeza, dan urutan dalam susunan menurun ialah: natrium, kalsium, magnesium, aluminium, zink dan kuprum.

Hipotesis eksperimen ini terbukti benar.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments: