Wednesday, 5 August 2015

8.4 Keperluan untuk Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar daripada Pencemaran oleh Bahan Sisa Industri

Kesan Buruk Pencemaran yang Disebabkan oleh Pembuangan Bahan Sisa Industri Secara Tidak Bertanggungjawab
■ Kesihatan manusia

► Alam sekitar yang tercemar menjejaskan kesihatan manusia.

► Sebagai contohnya, jelaga dan debu akan menjejaskan sistem respirasi, manakala sinaran radioaktif menyebabkan penyakit kanser.
■ Pemusnahan habitat hidupan dan kepupusan spesies flora dan fauna

► Pemusnahan habitat hidupan akibat pencemaran menyebabkan kepupusan spesies haiwan dan tumbuhan.

► Kepupusan spesies tersebut bermakna generasi yang akan datang hanya mengenali tumbuhan atau haiwan tertentu melalui gambar foto.

► Pemusnahan tumbuhan yang berleluasa mengurangkan kandungan oksigen dalam udara.
■ Kehilangan sumber ekonomi

► Hujan asid menjadikan tanah tidak sesuai untuk pertanian.

► Pencemaran air menyebabkan kematian haiwan akuatik dan tumbuhan akuatik. Hal ini mengurangkan pendapatan sesetengah orang.
Kepentingan untuk Mempraktikkan Cara Pembuangan Bahan Sisa Industri Secara Bertanggungjawab
■ Pemeliharaan

► Merujuk kepada usaha untuk mengekalkan alam sekitar dalam keadaan baik.
■ Pemuliharaan

► Merujuk kepada pengurusan alam sekitar untuk mengelakkan kerosakan kepada alam sekitar.
■ Kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

► Mengekalkan keindahan alam sekitar.

► Memelihara kepelbagaian hidupan.

► Alam sekitar yang bersih membolehkan aktiviti rekreasi dapat dijalankan.

► Mencegah kepupusan sebarang spesies tumbuhan dan haiwan di Bumi.
■ Cara-cara mengawal pencemaran sisa industri:

► Kesedaran tentang masalah alam sekitar.

► Penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan pelupusan sisa industri.

► Kerjasama antarabangsa mengenai isu alam sekitar.

► Rawatan sisa perindustrian.

✍ Contoh latihan 8.4(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Bahan pencemaran yang dibebaskan oleh sisa industri boleh memasuki badan manusia melalui sistem respiratori. ✔
Hujan asid menyebabkan tanah menjadi lebih subur. ✘
Kesan rumah hijau memerangkap lebih baha haba di dalam atmosfera yang menjurus kepada pemanasan global. ✔
Klorofluorokarbon (CFCs) yang bertindak sebagai agen penyejuk di dalam peti sejuk merupakan antara sebab kesan rumah hijau. ✔
Pemuliharaan alam sekitar merujuk kepada pengurusan yang berterusan bagi menjana pendapatan. ✘

✍ Contoh latihan 8.4(b)
Pilih bahan pencemaran yang tepat untuk kesan pencemaran yang berikut:
Radiasi radioaktif Sulfur dioksida Karbon dioksida Baja tiruan

Kesan pencemaran Bahan pencemar
Lukemia Radiasi radioaktif
Hujan asid Sulfur dioksida
Kesan rumah hijau Karbon dioksida
Eutrofikasi - pertumbuhan pesat alga yang mengurangkan kandungan oksigen dalam air dan menyebabkan kematian hidupan akuatik. Baja tiruan


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment