Thursday, 20 August 2015

1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma
■ Suhu

► Kebanyakkan mikroorganisma adalah tidak aktif pada suhu rendah.

► Suhu optimum bagi kebanyakkan tindak balas yang menggunakan enzim dalam badan mikroorganisma adalah dalam julat 35℃ hingga 40℃.

► Banyak mikroorganisma akan mati pada suhu yang melebihi 60℃.

► Akan tetapi, sebilangan bakteria boleh tahan suhu yang sangat tinggi.

► Sebilangan spora bakteria yang hidup dalam keadaan terlampau boleh tahan kepadanasan dan kesejukan. Kebanyakan spora akan terbunuh pada suhu yang melebihi 110℃.
■ pH

► Mikroorganisma hidup dalam julat pH yang berlainan.

► Sebilangan mikroorganisma hidup dalam keadaan yang sedikit berasid manakala sebilangan mikroorganisma lain hidup dalam keadaan yang sedikit beralkali.

► Akan tetapi, banyak mikroorganisma hidup dalam medium neutral, iaitu pH7.

► Kebanyakan mikroorganisma akan mati pada nilai pH terlampau seperti nilai pH yang sangat tinggi atau terlalu rendah.
■ Cahaya

► Mikroorganisma fotosintetik seperti alga dan sebilangan bakteria memerlukan cahaya untuk menjalankan fotosintesis dan mensintesiskan makanan.

► Akan tetapi, banyak mikroorganisma lain seperti kulat dan bakteria sesuai hidup dalam keadaan gelap.

► Sinar ultraungu dalam cahaya matahari boleh membunuh sebilangan mikroorganisma.
■ Nutrien

► Semua mikroorganisma kecuali virus memerlukan nutrien untuk pertumbuhan dan menjalankan proses hidup.

► Dalam keadaan yang tidak sesuai untuk hidup dan tidak mendapat nutrien, banyak mikroorganisma akan mati atau bakteria akan membentuk endospora.
■ Kelembapan

► Semua mikroorganisma memerlukan air atau kelembapan untuk hidup dan menjalankan proses hidup.

► Kelembapan tinggi sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma.

► Air adalah penting kerana air digunakan sebagai medium untuk tindak balas yang berlaku dalam badan mikroorganisma.
Aktiviti Makmal 1.2.1: Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

1.3 Mikroorganisma yang Berfaedah→

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments:

  1. takde ke faktor yang membantutkan pertumbuhan mikroorganisma berkaitan udara atau angin [lebih kurang]

    ReplyDelete
  2. Takde ke pada suhu yang terlalu sejuk kebanyakan bakteria akan mati atau.... Jawapan dia apa?

    ReplyDelete