Thursday, 20 August 2015

1.1 Pengelasan Mikroorganisma

Pengelasan Organisma
■ Mikroorganisma merupakan organisma bersaiz seni dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
■ Mikroorganisma hidup dalam pelbagai habitat dan boleh dibahagikan kepada lima kumpulan utama, iaitu:

► Bakteria

► Virus

► Kulat

► Alga

► Protozoa
■ Mikroorganisma dikelaskan mengikut ciri-ciri yang sama, iaitu:

► Saiz

► Bentuk

► Kaedah pembiakan

► Cara pemakanan

► Habitat

Bakteria
■ Merupakan organisma unisel dan wujud dalam pelbagai bentuk.
■ Saiz

► Adalah dalam julat 0.2µm hingga 10µm (1µm = 10-3mm)
■ Bentuk

► Mempunyai dinding sel tetapi tidak mempunyai nukleus yang jelas.

► Bahan nukleusnya boleh didapati dalam semua bahafian sel.

► Dinamakan mengikut bentuk seperti kokus, basilus, spirilum dan vibrio
■ Kaedah pembiakan

► Belahan dedua

► Secara seks melalui pengkonjugatan

► Dalam keadaan yang tidak sesuai untuk hidup, bakteria boleh membentuk endospora yang boleh menjadi dorman dalam jangka masa panjang.
■ Nutrisi

► Bakteria yang mengandungi klorofil boleh menjalankan fotosintesis dan dikenali sebagai autitrofik.

► Bakteria parasit yang hidup dalam alam semula jadi membawa kesan buruk kepada perumahnya.

► Bakteria saprofit memainkan peranan penting sebagai pengurai. Bakteria ini menghasilkan enzim bagi mencernakan bahan organik menjadi bahan ringkas dan diserap ke dalam sel bakteria.
■ Habitat

► Boleh didapati di mana-mana seperti dalam makanan, tanah, air, udara dan juga organisma mati atau hidup.
■ Bakteria merupakan hidupan yang boleh makan, bernafas, berkumuh dan membiak.
■ Video ini menerangkan tentang ciri-ciri bakteria. (English)
Virus
■ Merupakan organisma yang paling seni.
■ Saiz

► Adalah dalam julat 30nm hingga 300nm (1nm = 10-6mm)

► Hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron.
■ Bentuk

► Terdiri daripada asid nukleik, iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleil (RNA) yang diselaputi oleh membran protein.

► Bukan organisma bersel dan tidak mempunyai sitoplasma atau organel.
■ Kaedah pembiakan

► Hanya boleh membiak dan berganda dalam sel perumah.
■ Nutrisi

► Semua virus adalah parasit.

► Parasit membawa jangkitan penyakit kepada sel perumah dengan menyerang sel dan tisu dalam badan perumah.
■ Habitat

► Semua virus hidup dalam sel-sel hidup

► Apabila di luar sel perumah, virus terhablur dan menjadi zarah bukan hidup

► Virus boleh dikultur dan disimpan dalam bentuk hablur selama bertahun-tahun
■ Video ini menerangkan bagaimana virus memasuki badan manusia.(English)

Kulat
■ Merupakan organisma bersel yang mempunyai dinding sel.
■ Saiz

► Adalah dalam julat 10µm hingga 100µm (1µm = 10-3mm)

► Dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya kuasa rendah.
■ Bentuk

► Kebanyakkan kulat mempunyai flagelum halus yang dikenali sebagai hifa, satu rangkaian bebenang halus dan padat yang dikenali sebagai miselium dan dinding sel yang dibuat daripada selulosa.
■ Kaedah pembiakan

► Membiak secara aseks melalui pembentukan spora atau pertunasan.

► Mukor merupakan contoh kulat yang membiak melalui pembentukan spora.
◉ Sporangium pada mukor menghasilkan spora.
◉ Apabila matang, sporangium akan pecah dan menyebarkan spora ke udara.
◉ Spora yang jatuh pada bahan-bahan organik yang sesuai akan membesar sebagai mukor.

► Yis membiak secara pertunasan.
◉ Tunas dikeluarkan dari induknya dan berkembang sebagai yis
■ Nutrisi

► Kulat tidak mempunyai klorofil, oleh itu kulat tidak boleh mensintesiskan makanan sendiri.

► Sebilangan kulat ialah parasit dan kebanyakkan ialah saprofit.
■ Habitat

► Hidup di tempat yang gelap dan lembap.

► Boleh didapati pada bahan reput seperti bangkai haiwan, makanan seperti roti dan buah-buahan, dan pada kulit binatang atau kulit kayu.
■ Video ini menerangkan tentang kulat.(English)
Alga
■ Kebanyakkan alfa adalah akuatik dan hanya sebilangan kecil daripadanya hidup di darat.
■ Saiz

► Adalah dalam julat 1µm hingga 10000µm (1µm = 10-3mm)
■ Bentuk

► Mempunyai struktur seperti sel tumbuhan yang mengandungi dinding sel selulosa, nukleus, sitoplasma dan kloroplas.

► Tidak mempunyai batang, akar atau daun.
■ Kaedah pembiakan

► Membiak secara aseks melalui belahan dedua.

► Secara seks melalui pengkonjugatan
■ Nutrisi

► Mengandungi kloroplas, oleh itu alga boleh menjalankan aktiviti fotosintesis.

► Alga unisel menghasilkan fitoplankton yang dimakan oleh ikan dan udang dalam rantai makanan.
■ Habitat

► Hidup dengan baik di kawasan lembap yang menerima cahaya matahari

► Boleh dijumpai di kawan air tawar dan air masin, seperti kolam, sungai, laut dan juga pada kulit kayu di kawasan tanah lembap.

Protozoa
■ Merupakan organisma undisel yang bersaiz seni
■ Saiz

► Adalah dalam julat 5µm hingga 250µm (1µm = 10-3mm).

► Dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya kuasa rendah.
■ Bentuk

► Mempunyai nukleus dab sitoplasma yang dilindungi oleh membran sel

► Tidak mempunyai bentuk yang tidak tetap.

► Kebanyakan protozoa mempunyai silia yang membantu ia untuk bergerak.
■ Kaedah pembiakan

► Ameba dan paramesium membiak melalui belahan dedua.

► Paramesium juga boleh membiak secara seks melalui pengkonjugatan
■ Nutrisi

► Protozoa adalah heterotrofik, ini bermakna protozoa tidak boleh membuat makanan sendiri dan hanya boleh makan autotrof atau bahan organik.

► Sebilangan protozoa adalah parasit seperti plasmodium yang menyebabkan penyakit malaria.
■ Habitat

► Banyak protozoa idup dalam habitat akuatik, manakala protozoa parasit hidup dalam badan perumah.

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

6 comments: