Tuesday, 25 August 2015

1.3 Mikroorganisma yang Berfaedah

Peranan Mikroorganisma dalam Pencernaan Makanan
■ Dalam haiwan herbivor

► Kambing dan lembu mempunyai salur pencernaan yang khusus dalam usu untuk mencerna selulosa.

► Kambing dan lembu menyimpan rumput yang separuh tercerna dan membenarkan bakteria mencernakan selulosa rumput.

► Makanan yang separuh tercerna disimpan dalam rumen. Selulosa rumput dicernakan oleh bakteria dengan enzim selulase.
■ Protozoa di dalam usus anai-anai menghasilkan enzim selulase untuk mencerna selulosa dalam kayu menjadi glukosa.
■ Bakteria boleh hidup dalam makanan yang tidak tercerna dalam usus besar manusia dan menghasilkan vitamin K serta vitamin B yang akan diserap ke dalam tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
■ Video ini menerangkan tentang peranan mikroorganisma dalam pencernaan makanan. (English)


Peranan Mikroorganisma dalam Proses Pereputan
■ Pengurai organisma yang mati

► Bakteria atau kulat pengurai akan mengurai organisma yang mati.

► Dalam proses penguraian, molekul-molekul kompleks dan besar dalam badan organisma yang mati dipecahkan kepada molekul-molekul kecil seperti karbon dioksida dan air.

► Karbohidrat, protein dan lemak dari organisma mati akan digunakan sebagai makanan bakteria dan kulat pengurai.

► Sebilangan molekul kecil merupakan gas yang berbau busuk dan dilepaskan ke udara.
■ Pengurai mengitar semula bahan dalam alam sekitar

► Bakteria saprofit memainkan peranan penting dalam meguraikan bahan organik kompleks kepada bahan ringkas dalam tumbuhan dan haiwan yang mati.

► Unsur-unsur seperti oksigen, hidrogen, karbon, nitrogen dan fosforus yang terdapat dalam badan organisma akan dibebaskan selepas organisma mati terurai.

► Bahan ringkas seperti air dan karbon dioksida akan diserap semula oleh tumbuhan lain untuk membina bahan organik kompleks seperti karbohidrat, lipid dan protein.
Peranan Mikroorganisma dalam Perubatan
■ Mikrob menghasilkan ubat

► Kulat dan bakteria menghasilkan antibiotik yang berkesan seperti penisilin dan tetrasiklina.

► Saintis boleh menghasilkan mikorb untuk membuat hormon seperti insulin.

► Yis boleh digunakan sebagai pemakanan tambahan dalam bidang perubatan kerana ia kaya dengan vitamin B dan protein.

► Alga mengandungi bahan kimia seperti beta-karotena (mencegah kanser) dan asid lemak (mencegah penyakit jantung).
■ Mikrob membuat vaksin untuk manusia

► Vaksin dibuat daripada virus atau bakteria yang dilemahkan. Vaksin boleh memberi keimunan kepada manusia sepanjang hayat.

► Contoh-contoh vaksin ialah vaksin untuk campak, beguk dan cacar air.

► Kebanyakan vaksin biasanya memerlukan dos penggalak untuk mencapai keimunan yang tahan lama. Vaksin jenis ini termasuk poliomielitis, influenza, hepatitis A dan rabies.

► Bagi hepatitis B, hanya bahagian protein virus yang digunakan untuk membuat vaksin.

Peranan Mikroorganisma dalam Industri
■ Dalam pemprosesan makanan

► Penggunaan yis untuk membuat roti dan alkohol.

► Bakteria digunakan untuk mengoksidakan alkohol kepada asid etanoik (cuka), penghasilan keju, yogurt dan sebagainya,

► Sebilangan bakteria digunakan untuk menghasilkan makanan yang kaya dengan pelawas.
■ Dalam perindustrian

► Bakteria aerob yang menggunakan oksigen untuk bernafas digunakan untuk rawatan kumbahan dan sisa buangan domestik.

► Sisa buangan organik dalam tindak balas bakteria anaerob (tidak menggunakan oksigen untuk bernafas) boleh menghasilkan gas metana.

► Bioplastik ialah produl lain yang menggunakan mikroorganisma untuk menghasilkan plastik.

Peranan Mikroorganisma dalam Pertanian
■ Bakteria dan kulat mengurai bahan organik mati menjadi humus. Humus mengandungi mineral yang mudah sedia untuk diserap oleh akar tumbuhan
■ Proses pengikatan nitrogen

► Bakteria pengikat nitrogen menukar nitrogen kepada sebatian nitrat.

► Pengikat nitrogen berlaku dalam alam semula jadi sewaktu berlakunya kilat.

► Bakteria pendenitritan dalam tanah menguraikan sebatian nitrat untuk menjadi gas nitrogen semula melalui pendenitritan.

► Gas nitrogen dilepaskan ke atmosfera.

Potensi Penggunaan Mikroorganisma dalam Pelbagai Bidang
■ Melalui kejuruteraan genetik, struktur genetik bakteria boleh ditukar dan dihasilkan untuk menghasilkan bahan kimia tertentu seperti hormon dan enzim, yang sebelum ini hanya boleh diekstrak daripada darah haiwan seperti kuda.
■ Sejenis bakteria digunakan untuk menghasilkan plastik yang mesra alam.
■ Bakteria tertentu boleh digunakan untuk mengurai dan minyak bersih tumpah di laut.
■ Virus tertentu boleh digunakan untuk merawat penyakit keturunan seperti anemia sel sabit.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Menulenkan ape eah dlm perindustrian

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum saya salin ya maklumat ini. Terima kasih ! <3

    ReplyDelete
  4. thank you! maklumat ni berguna untuk saya belajat masa pkp sekarang ni

    ReplyDelete
  5. sangat membantu saya mencari maklumat..terima kasih banyak ii

    ReplyDelete